Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir

Written by MARES News Desk


Oct 29, 2011 at 05:15 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,



MARES menjemput semua ahli MARES - pemegang lesen dan SWL - yang berminat untuk turut serta di dalam operasi komunikasi kecemasan andainya MARES digerakkan apabila berlakunya bencana banjir, dan juga sebarang situasi kecemasan yang memerlukan. Majlis Keselamatan Negara telah meminta MARES untuk turut serta bersama MKN di dalam menangani bencana banjir.



Seperti yang dilaporkan di media, bencana banjir di Bangkok kian serius dan negeri-negeri di utara semenanjung juga telah diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga. Berikutan itu, MARES menjemput anda sekelian yang berminat ke sesi taklimat pada 12 November jam 10 pagi di Rumah Kelab MARES, No 4A Jalan Tinggi 6/12, Seksyen 6 Petaling Jaya.



Agenda:

1. Taklimat Persiapan dan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Banjir oleh 9M2AU

2. Mengemaskini data Emergency Response Team

3. Pembahagian tugas

4. Penyenaraian aset

5. Taklimat GlobalSET - MySET



Pada hari yang sama MARES akan turut serta di dalam aktiviti GlobalSET pada jam 1 tengahari. Anda boleh turut menyertai dan belajar bagaimana untuk bertindak di dalam mengendalikan komunikasi kecemasan.



Sekian, harap maklum. Terima kasih.



73 de 9W2FD

http://mares.org.my/

No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...