Non-RF Internet VOI QSO

1. YB INDONESIA YB1RYL 11/3/11

2. JA JAPAN JF3GOH 27/3/11

3. VE CANADA VY1SK 28/3/11

4. V85 BRUNEI V85RBA 2/4/11

5. SPAIN EA1ACS 2/4/11

6. C CHILE CE2RW 9/4/11

7. VK AUSTRALIA VK5MAC 18/4/11

8. AMERICA AJ4YV 19/4/11

9. PORTO RICO WP4ROS 21/4/11

10. SERBIA 4N1CW 27/4/11

11. COLUMBIA HK8QGI 28/4/11

12. US VIRGIN ISLAND NP2GL 1/5/11

13. VENEZUELA YY1RJG 2/5/11

14. G ENGLAND G1HLQ 3/5/11

15. INDIA VU3ATK 6/5/11

16. RUSSIA R3DX 7/5/11

17. UKRAINE UR4MRL 8/5/11

18. HONDURAS HR1ERL 8/5/11

19. CYPRUS 5B4JE 8/5/11

20. PA NETHERLANDS PD1JA 9/5/11

21. 9M2 WEST MALAYSIA 9M2AUR 13/5/11

22. ITALY IT9BOR 17/5/11

23. PALESTINE E44DX 17/5/11

24. BRAZIL PT2ASR 18/5/11

25. BELGIUM ON4LOU 20/5/11

26. LA NORWAY LA9GHA 22/5/11

27. NORTHERN IRELAND MI6WAC 28/5/11

28. GEORGIA 4L1UN 1/6/11

29. URUGUAY CX8BBU 1/6/11

30. HAITI HH2LQ 1/6/11

31. PHILIPPINES DU1HIP 9/6/11

32. CZECH REPUBLIC OK1ACE 10/6/11

33. MOROCCO CN8CE 10/6/11

34. MALTA 9H1GY 19/6/11

35. ANTIGUA AND BARBUDA V21YA 21/6/11

36. TRINIDAD AND TORBAGO 9Z4GZ 24/6/11

37. 9M6 WEST MALAYSIA 9M6BZ 30/7/11

Di atas adalah senarai DXCC yang aku telah berjaya QSO di Hamsphere. Walaupun non- RF melalui teknologi kini kita masih boleh QSO bersama rakan-rakan di mana jua di muka bumi ini. Ini adalah langkah permulaan aku untuk bekerja di HF. Banyak juga pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi semasa bekerja melalui Hamsphere ini. Apabila propagasi yang kurang menarik ramai rakan menggunakan medium ini untuk QSO. Mereka berpendapat melalui internet ini segala trafik dapat disampaikan. Ada juga rakan memberi trafik yang terkini tentang propagasi yang baik sedang berlaku membolehkan mereka QRV dijalur untuk menunggu rakan-rakan dari sesuatu negara. Contohnya propagasi yang membuka  berlaku dari Jepun ke negara-negara selatan hingga ke VK. Rakan ham yang menggunakan software ini sangat teruja kerana mereka boleh QSO bersama rakan lain dari pelbagai negara. Mereka sangat berterima kasih kepada yang mencipta software ini membolehkan berhubung di mana-mana jua tempat tanpa mengharapkan lagi propagasi. Tetapi melalui internet ini, connection perlulah dalam keadaan yang baik seperti fungsi RF apabila bekerja di HF. Jika connection tidak baik terima audio juga kurang baik dan kadangkala tidak dapat difahami segala maklumat yang hendak disampaikan.
Manakala rakan SWL juga dapat QSO menggunakan callsign HS seperti Citizen Band. Seronok dapat bertukar maklumat dan pengalaman terutama tentang radio dan negara masing-masing. Ada juga negara yang mempunyai peraturan tertentu bagi mengeluarkan lesen seperti perlu lulus CW. Jadi mereka ini sukar untuk mendapatkan callsign kerana perlu mempelajari CW terlebih dahulu.
Apapun software ini menyambung minat kita terhadap radio amatur walaupun tidak menggunakan gelombang radio. Fungsinya tetap sama iaitu menghubungkan rakan antara satu sama lain di mana-mana berada.Cuma pengetahuan teknikal seperti penggunaan antena, kabel, rig tiada cuma ada software dan peralatan komputer sahaja. Tetapi pengetahuan teknikal dapat dikongsi dan bertukar-tukar maklumat oleh setiap rakan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah QSO bersama. Setakat ini dapat QSO rakan di Sabah manakala rakan SWL dari Sarawak. Harap lepas ini dapat contact dengan rakan ham di Sarawak pula.


73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...