Monitor di Bukit Mahkota, Bangi

Sebelum masuk waktu asar petang tadi sempat juga aku monitor menggunakan handy dari Bukit Mahkota, Bangi. QTH seksyen 6 Bukit Mahkota, Bangi dapat mendengar audio rakan QSO di V59. Frequensi 146.5375 ketika aku scan berhenti di sini. Aku mendengar audio abg udi 9W2NBF QTH Bandar Tun Razak dan tok uban 9W2OOA Wangsa Maju. Terima abg udi paling menarik 5/9 dan tok uban 3/8. Kalau dari base lama aku memang tok uban punya audio crystal clear memandangkan antena dari seberang. Manakala 9W2BIZ dan 9W2 EDU tidak dapat dicopy audio kedua rakan.
Selepas itu mereka QSY ke V62 aku monitor lagi. Kali ini ramai rakan lain yang masuk bergabung. Masih kedua rakan dapat dicopy audio adalah abg udi dan tok uban sahaja.Rakan lain seperti 9W2EDU abg Ikmal QTH di UM, 9W2XWX dan 9W2PJN tidak dapat dicopy audio mereka.

73, Jojet, 9W2DYA.
http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Pixel Park

  Pixel Park terletak di Setia Alam Sari.Taman ini berdekatan jalan lama laluan 31. Pihak pemaju telah membina jalan empat lorong. Hanya dua...