Nasihat Hujan Lebat/Ribut Petir

Dikeluarkan pada: 09:16pm pada 02 Disember 2011






SEKSYEN A: NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR ( PERINGKAT KUNING)

i) Dikeluarkan pada: 08:25am pada 30 November 2011



Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi) mulai malam Khamis, 1 Disember 2011 sehingga Sabtu, 3 Disember 2011.



Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.



ii) Dikeluarkan pada: 07:45pm pada 2 Disember 2011



Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Sarawak : Bahagian Kuching (Daerah Lundu, Bau dan Kuching) dan Samarahan (Daerah Samarahan, Asa Jaya dan Simunjan) mulai pagi Sabtu, 3 Disember 2011 sehingga malam Ahad, 4 Disember 2011.



Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.



SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT




i) Dikemaskini pada: 07:15pm pada 2 Disember 2011




Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kelang dan Kuala Langat), WP Kuala Lumpur, Perak (Daerah Perak Tengah, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Daerah Seremban, Port Dickson , Kuala Pilah, Rembau, Jelebu dan Jempol) dan Melaka dijangka berterusan sehingga lewat malam, Jumaat 2 Disember 2011.






Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.



ii) Dikeluarkan pada: 07:15pm pada 2 Disember 2011



Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sarawak : Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Miri dan Limbang dijangka berterusan sehingga awal pagi, Sabtu 3 Disember 2011.



Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.



SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT



Dikeluarkan pada: 09:16pm pada 2 Disember 2011



Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Sandakan, Kinabatangan dan Tongod), Pedalaman ( Daerah Nabawan, Tenom dan Sipitang) dan Tawau (Daerah Lahad Datu dan Tawau) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Sabtu 3 Disember 2011.



Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

sumber: http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1327&Itemid=567


Ternyata ramalan itu benar belaka apabila Pekan Kajang telah mengalami banjir kilat pada (Jumaat 2 Disember 2011) petang tadi. Jadi bersedialah kita menghadapi sebarang kemungkinan.

73, Jojet, 9W2DYA.

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...