Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan. Sempena hari yang mulia ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga berbahagia selalu disamping keluarga tercinta.

Menjelang malam ini 2m Net Hari Raya akan berlangsung. Bolehlah kita menyampaikan ucapan selamat kepada semua rakan ham di mana jua berada.

Aku kini portable di Ladang Cenas dekat Bandar Tenggara untuk menyambut 1 Syawal ini. Monitor di jalur Transnasional Astra dan Jasra sangat meriah sekali info rakan-rakan pulang ke kampung. Bekerja di pengulang Gunung Pulai mendapat penerimaan yang baik sekali 59. Lagipun portable aku ini diatas bukit yang dikelilingi dengan kelapa sawit.

Ada kelapangan dan kesempatan teringin bersalaman diudara mahupun didaratan bersama rakan ketika berada di selatan tanahair ini.

Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati ketika mobile, ikut had laju kebangsaan bukannya had laju kebanggaan.

1 Syawal 1433H

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Pagi ini Jatuh di Morib

 Belon KLIA malam tadi pun telah jatuh ke darat. Radiosonde WxR-301D 2405015797 jatuh jam 20:58 malam bertarikh 18 November 2025. Namun, alt...