Johor Premium Outlet


Semalam aku berkesempatan mengunjungi pusat membeli-belah yang baru di Kulai iaitu Johor Premium Outlets (JPO). Perjalanan dari Ladang Cenas melalui Bandar Tenggara hingga ke simpang sebelah kanan ke Felda Inas. Jalan ini lebih pendek berbanding melalui Taib Andak. Terus ke Sengkang dan keluar di Kulai. Tiba di Kulai WX hujan lebat. Semenjak portable di Johor setiap petang hujan kadangkala lebat. Sebelah paginya panas hingga mendung.

Berbalik di JPO ini kelihatan ramai pengunjung dari pelbagai bangsa memenuhi setiap ruang dan kedai-kedai yang ada. Jenama-jenama terkenal membuka outlets mereka dengan harga yang agak murah lebih-lebih lagi ada potongan harga.

JPO ini menghadap ke Gunung Pulai dan aku ada cuba-cuba ingin memancar tetapi tidak kesampaian maklumlah hanya menggunakan handy sahaja.

Sewaktu perjalanan pulang di Kulai aku terlihat papan tanda sebuah bengkel yang tertera 9W2SQV. Mungkin bengkel rakan kita beroperasi tetapi pada Hari Raya ini pastilah bengkelnya tutup. Jika ada masalah jelopi anda jangan segan dan malu panggillah di jalur pasti rakan kita ini boleh membantu.

Tenggara to Johor Premium Outlet, Kulai


EveryTrail - Find the best hikes in California and beyond
Perjalanan pulang melalui semula JalanSengkang dan terus ke Inas dan melalui Bandar Tenggara semula.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...