Taman Rekreasi Gunung Lambak


Taman Rekreasi Gunung Lambak


EveryTrail - Find hiking trails in California and beyond

Taman Rekreasi Gunung Lambak merupakan tempat tumpuan ramai bagi aktiviti riadah. Aku berkesempatan melihat-lihat kemudahan yang disediakan bersama adik ipar tengahari semalam.

Memandu sejauh 20.9 miles selama 30:24 saat purata pemanduan 41.2mph merujuk kepada data GPS EveryTrail dari Ladang Cenas.

Tibanya dipersimpangan bertanda Taman Rekreasi Gunung Lambak aku terus memandu masuk ke sana. Gunung Lambak Eco Resort merupakan pusat penginapan dan rekreasi di sini. Terdapat pusat air yang menyediakan kolam mandi mengikut kesesuain peringkat umur para pengunjung. Bayarannya bagi dewasa adalah RM5 sahaja.

Selepas itu, aku berjalan ke jambatan gantung untuk ke laluan pendakian Gunung Lambak. Jambatan ini baru sahaja dinaiktaraf dan ia kelihatan sangat cantik. Ia merintangi anak sungai yang jernih yang merupakan puca air bagi kolam mandi itu. Pasti airnya sejuk dingin menyegarkan apabila dapat berendam di dalam kolam itu.

Seterusnya kami meneruskan penerokaan melalui jalan batu yang disediakan. Pada pandangan aku jalan ini memang sesuai untuk berjoging dan berjalan. Memang telahan aku benar kelihatan beberapa uncle sedang berjalan turun dari atas mungkin puncak gunung. Menurut katanya, lagi satu jam boleh sampai atas.

Terdapat beberapa bangku untuk berehat di sepanjang jalan itu. Aku tertarik dengan anak sungai yang mengalir dicelah-celah batu dan membentuk air terjun kecil. Aku bergambar kenangan dan cuba merasa kedinginan air yang jernih mengalir dengan deruan dicelah-celah batu. Terdapat juga ulat gonggok yang besar menghuni lantai hutan ini.

Antara kemudahan lain disediakan adalah wakaf untuk berehat dan juga pondok untuk aktiviti barbeque.

Perjalanan kami berpatah balik ke Eco Resort semula melalui jalan yang sama. Selain itu kemudahan riadah lain seperti peralatan senaman dan trek joging dan juga taman permainan kanak-kanak.

Mungkin satu hari nanti jika ada kelapangan lagi Gunung Lambak setinggi 510m akan ku daki.

Taman Rekreasi Gunung Lambak at EveryTrail
EveryTrail - Find the best hikes in California and beyond

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...