Eyeball Raya


Monitor di 2meter Net 9M4RBC malam ini memberi pelbagai info. Hari Raya sambutannya masih dirasai lagi. Kini giliran warga kota beraya dibase masing-masing.

Menurut Pengawal Rangkaian pada malam ini Abg Udi 9W2NBF base di Bandar Tun Razak terdapat 2 acara eyeball raya akan diadakan oleh rakan.

Tuan Haji Azhar 9W2THA menjemput semua rakan ke base beliau di Puchong Perdana pada 1 September 2012 jam 8 malam.

Manakala, Eyeball Raya kawasan tengah akan diadakan di Seksyen 27 Shah Alam dibase Abg edi 9W2EDK juga jam 8 malam.  Eyeball ini akan diadakan pada 8 September 2012. Calling channel adalah V56.

Jika rakan berkelapangan bolehlah memeriahkan kedua-dua majlis ini. Semoga mendapat keberkatan dan sambutan dari semua rakan ham di mana jua berada.

Pada malam ini juga kedengaran satu stesen QRP dari Manjung tak lain dan bukan abg Salehan 9W2SBD yang memancar hanya 1 watt sahaja. Tahniah atas usaha yang tak pernah jemu dalam QRP station.

Selain mobile station atau portable station, QRP station juga perlu diutamakan dalam acara 2m Net. walaupun menggunakan kuasa pancaran yang kecil, stesen ini berjaya menembusi jalur dalam kalangan rakan yang menggunakan kuasa yang lebih besar. Tahniah sekali lagi diucapkan ke atas usaha yang gigih ini. Mungkin dalam HF perkara ini adalah biasa. Jumpa dan jumpa lagi...

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...