9W2DYA/P Cheras


Hari ini selepas mesyuarat panitia sempat juga aku mencuri masa untuk mengaktifkan lagi igate. Kali ini hasil kurang memberangsangkan mungkin propagasi tidak menyebelahi aku pada kali ini.

Hanya dapat 9W2XYX, 9W2AA, 9W2DIE-8 dan 9M4RDG-3.
Stesen 9W2XYX yang paling dekat mudah untuk decode signalnya.

Kali ini aku dapat 9M4RDG-3 di Genting, untuk pengetahuan semua dari portable stesen ini aku boleh melihat terus dengan mata kasar. Setakat QSO menggunakan rubber duck tidak menjadi masalah. Harap nanti aku dapat terus bekerja dengan stesen ini terus menerus untuk decode signalnya.

Ada kelapangan aku akan teruskan lagi mengaktifkan igate dari sini kerana lokasinya sangat sesuai untuk mengaktifkan aprs.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

9M2OCX Berjaya Dapat Lesen Ozonsonde

  Petang tadi Arul 9M2OCX berjaya menemui ozonsonde yang jatuh di Simpang Morib. Ozonsonde 1032405023 telah jatuh jam 13:17 Koordinat 2.7833...