Perbincangan tentang perbezaan igate dengan digipeater di MyAPRS


Aku ada mengemukakan persoalan tentang perbezaan tentang igate dengan digipeater di MyAPRS fb group. Maklum balas dan perkongsian ilmu sangat baik dalam kalangan ahli group ini.

Mohamad Firdaus Mohmad  telah memberi komen salam... yg setakat sy paham... igate ialah interface dari Freq radio ke Komputer... di mana 1 alat utk membaca isyarat dari radio kemudian di alih ke paparan komputer..

untuk digipeater lak... fungsi sma dgn repeater 2m... panca ulang... ia terima tx dr radio aprs dan tx semula ke igate utk membaca maklumat individu samada reta, kapal, bot.
. nie bleh anda lihat di aprs.fi...

Manakala,
Yipet Estika memberi respons digipeater bekerja dengan cara flooding.. Ada betul ke?
 
telah dijawab dengan panjang lebar oleh
Mohd Hamid Misnan
Mus, cara flooding to camna? Basically cara digipeater berkerja hampir dengan cara simplex repeater berkerja, tapi ada sikit kepintaran:

1. APRS packet selalunya dihantar dengan PATH (contoh WIDE1-1, WIDE2-1).
2. Bila digipeater terima packet, dia akan nilaikan jikalau dia kena repeat packet tu. Yang ni configuration di digipeater menggunakan ALIAS. Selalunya fill-in digipeater cuma repeat packet WIDE1-1, wide area digipeater atau mountain top digipeater repeat packet WIDE1 & WIDE2.
3. Kalau packet tu dah repeated oleh digipeater yg lain, PATH akan ada * (contoh bila fill in digipeater dah repeat sekali, WIDE1-1 dalam packet akan jadik WIDE1*), packet ni fill-in digipeater lain takkan repeat dah.
4. Kalau digipeater nak repeat packet tu, dia akan tunggu dulu kekalau ada digipeater lain yg dah repeat (dupe checking), selalunye digipeater boleh simpan dalam memory beberapa packets yg dah diterima untuk buat dupe checking nih.
5. Kalau dia tak dengar packet tu repeated by others, dia akan transmit packet tu. PATH dalam packet tu akan diletak * atau reduced (contoh dari WIDE2-2 -> WIDE2-1).
Itulah antara penerangan yang diberi oleh rakan-rakan yang mahir tentang aprs ini. Banyak perkara yang dipelajari melalui perbincangan digroup ini. Pengetahuan tentang aprs ini semakin bertambah dengan adanya perkara-perkara baru yang diperkatakan. Terima kasih semua atas perkongsian ilmu yang tak ternilai harganya.
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...