9W2HL-9 telah berjaya ditangkap


Pagi ini aku telah berjaya mengaktifkan igate dibase. 9W2HL-9 Mr Ho telah berjaya aku decode signalnya dari base stesen aku.

Telah mendengar beacon yang kuat sejak mula hidupkan handy aku dan terus setup igate di laptop. Kemudian aku terus melihat di aprs.fi untuk mengesan sebarang gerakan yang berhampiran dengan base aku.

Ternyatalah terdapat stesen yang sedang bermobile menuju ke selatan melalui lebuhraya Utara Selatan. Kedengaran beaconnya semakin jelas dan kuat menyebabkan aku teruja agar stesen ini dapat aku tangkap beaconnya.

9W2HL-9>APGJW2 via WIDE1-1,WIDE2-1,qAR,9W2DYA
Di atas adalah path yang berjaya aku perolehi apabila beliau melalui berhampiran dengan base aku. Ini kali pertama aku dapat menangkap stesen yang melalui berhampiran base stesen aku memandangkan QTH berhampiran dengan PLUS highway.

Aku hanya menggunakan antena rubber duck sahaja. Beaconnya dapat dikesan dari Sri Petaling lagi. Apabila menghampiri Bangi ia semakin jelas dan berjaya decode kedudukan terakhir  02.53.24N dan 101.46.04E dengan jarak 0.5 batu.

Harap selepas ini banyak lagi stesen dapat aku tangkap dengan antena rubber duck sahaja.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...