Hari Terbuka Rumah Api 2013


Hari Terbuka Rumah Api 2013 dianjurkan oleh Jabatan Laut

Malaysia, dengan tema - Kerlipan Cahaya di Laut. Acara pada

tahun ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sambutan

ulangtahun ke-60 Jabatan Laut dan Lembaga Dius Api, yang telah

di sambut pada 30 April 2013 yang lalu. Hari Terbuka Rumah Api

ini memberi peluang kepada orang awam untuk mengenali dengan

lebih dekat mengenai rumah api, khususnya Rumah Api Fort

Cornwallis, dengan lebih rapat.

Rumah api merupakan struktur penting yang dibina untuk memberi

panduan kepada pelaut yang belayar di persekitaran perairan

tersebut. Terdapat 11 buah rumah api yang masih beroperasi di

sepanjang pesisir pantai Semenanjung Malaysia. Rumah api yang

tertua dan masih beroperasi di Malaysia ialah rumah api Tanjung

Tuan (Cape Rachado) di Melaka yang dibina pada tahun 1863.

Selain dari peluang untuk melawat persekitaran kawasan rumah api

Fort Cornwallis, pengunjung juga akan dapat mendalami pelbagai

maklumat lain mengenai latar belakang dan fungsi rumah api dan

juga peranan Jabatan Laut Malaysia serta Lembaga Dius Api.
 

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...