XTVT APRS semasa di Kota Bharu


Pada 4 dan 5 Ogos yang lalu aku memandu ke Kota Bharu. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur semasa pergi dan melalui Gua Musang semasa pulang semula ke Bangi.

Kali ini semasa pergi packets kurang memberangsangkan hanya terhenti di Lanchang sahaja. Ingatkan bolehlah mendapat packet di Kuantan tetapi tidak juga. Begitu juga di Kemasik aku tidak menerima sebarang packet.

Pada hari kedua selepas sahur aku mengaktifkan aprs dan jam 5.28 pagi beacon aku dapat dikesan oleh 9W2YEO-4 QTH di hentian Titiwangsa lebuhraya timur-barat. Jaraknya paling jauh dapat dicapai adalah 93.4km. Jumlah keseluruhan packets dari stesen ini adalah sebanyak 32. QTH terakhir hingga ke Machang aku menerima packets dari Kota Bharu kerana aku hendak pulang ke Bangi melalui Gua Musang.

Selepas memandu di Kuala Lipis aku mengaktifkan semula aprs dengan harapan Genting Highlands dapat mengesan aku. Malangnya sehingga di Betong barulah aku dapat menerima packets dari 9M4RDG-3.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...