9M4LHE Rumah Api Bukit Jugra ILLW 2013


Kesempatan untuk mengikuti aktiviti ILLW 2013 di Rumah Api Bukit Jugra pada hari tidak dilepaskan memandangkan cuti sekolah tinggal 2 hari lagi.

Aku memandu dari Bangi sebelum mengisi tangki minyak terlebih dahulu bagi memastikan perjalanan ke Banting berjalan lancar. Memasuki PLUS highway dan keluar melalui Nilai terus melalui Labohan Dagang berjalan lancar walaupun jalan basah akibat hujan gerimis. Melalui jalan ini packet yang aku dapat sangat baik sepanjang perjalanan. Kebanyakannya daripada 9M4RTB-3 di Telapa Burok bekerja dengan baik sekali. Sehingga di Banting 9M4RTB bekerja dengan sangat baik.

Selepas di kaki Bukit Jugra barulah aku menerima packet dari 9W2EDK-1 jam 10:15:09 dengan jarak 26.9km di Shah Alam. Seterusnya terima packet daripada 9M2TPT-1 pada jam 10:15:33 dengan jarak 44.8km di Sungai Buloh. Kemudiannya 9W2SZR-5 pada jam 10:15:40 dengan jarak 16.7km di Klang.

Puncak Bukit Jugra berdekatan Rumah Api aku telah menerima dua packet daripada 9W2BWA-4 pada jam 11:02:55 dan 12:06:14 dengan jarak 141.7km di Gunung Ledang. Ketinggian yang dapat dibaca puncak Bukit Jugra adalah 134m dari aras laut.


Sampainya di sini kelihatan rakan ham di dalam kawasan Rumah Api dan terdapat 3 jelopi yang mempunyai antena radio dan bercallsign. Sahlah aktiviti ILLW ada diadakan disini.

Ketika aku sampai kelihatan seorang rakan dikeliling beberapa orang mengelilinginnya  sedang QSO. Akupun bersalaman dan memperkenalkan diri.

Mereka adalah Rahmat Hj Arifin 9M2RMT, Ahmad Ismail 9M2AIA, Azlan Aziz 9M2AGC, Shahidan 9W2BSH dan Nicholas 9M2CCC serta abg Pak Guard yang menjaga Rumah Api tersebut.


Sedikit fakta mengenai rumah api ini;

Rumah Api Bukit Jugra
Nama Tempat: Banting, Selangor Darul Ehsan
Kedudukan 2 50.1' Utara dan 101 25.1' Timur
Ciri-ciri lampu F1,W 1es
Julat Penglihatan: 24 Batu Nautika
Ketinggian Lampu: 146m
Ketinggian Bangunan: 25m
Tahun dibina:1976

Berbalik kepada aktiviti Dxing ILLW 2013 9M2RMT diaktifkan di rumah api ini. Mereka telah bermalam sehari sebelum dan mendapat beberapa contact.

Bekerja menggunakan Alinco HF transceiver DX-70 bersama MFJ-945E dengan menggunakan antena dipole pada pengamatan aku. Manakala untuk VHF menggunakan Kenwood 271.

Sepanjang berada di sini beberapa contact di buat melalui band 40m dan 2m. Aku sempat monitor QSO antara stesen rumah api yang lain seperti 9M4LHO, 9M4LHN, 9M4LHJ dan lain-lain lagi.

Abg Shah 9W2BSH sempat simplex di V40 bersama 9M4LHO kendalian Abg Salehan 9W2SBD di Rumah Api One Fathom Bank
One Fathom Bank ILLW 2013 MY0015
Location: 2°53.40' N 100°59.80' E - locator OJ02LV93OO - show map - static map
50.8 km Southwest bearing 224° from Kampong Dungun, Malaysia [?]
52.8 km West bearing 252° from Klang, Selangor, Malaysia
81.5 km West bearing 250° from Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Menggunakan antena riben mendapat audio sangat baik 59 di puncak Bukit Jugra ini. Selepas Abg Salehan sign-off masuk pula abg Lan 9W2LPM di Sungai Buloh dan juga abg Yup 9W2YUP di Damansara.

Aku juga mengharapkan 9W2DYA-12 dapat didengari oleh 9W2RUT-6 di One Fathom Bank tetapi kemungkinan stesen itu mungkin tidak diaktifkan semasa berada di Bukit Jugra ini.

Berkenalan dengan mereka ini sangat menguntungkan aku kerana banyak perkara dapat dipelajari daripada mereka yang sangat berpengalaman. Itulah untungnya jika selalu terlibat dengan pelbagai aktiviti dxing diluar memberi kita seribu pengalaman.

Berbalik kepada rumah api ini juga memberi aku peluang masuk ke kawasan larangan ini. Tanpa aktiviti ILLW tentu susah untuk menembusi kawasan yang dikawal ketat.

Selepas stesen ditutup, kami berpeluang untuk melihat aktiviti paragliding yang dikendalikan oleh pengendali yang berpengalaman.



Pelancong dapat terbang diawangan menggunakan paragliding yang mempunyai peralatan keselamatan yang tinggi. Sukan luncur udara ini pada pengamatan aku mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kelihatan ramai pengunjung berkumpul dan pelancong dengan pakej terlibat mencubanya.

Kami menanti dengan penuh kesabaran menanti paragliding dapat berkembang dengan baik untuk memulakan take-off ke udara. Sempat juga kami melihat 5 penerbangan berjaya dibuat terbang ke ruang udara bagaikan burung. Jika tiupan angin yang tidak kuat dan sesuai ia tidak dapat dikembangkan dengan baik dan sangat merbahaya untuk penerbangan. Apabila ia betul-betul sesuai berkembang dengan sangat baik sekelip mata selepas itu terus berlepas terbang ke udara.

Selepas puas melihat penerbangan yang dibuat, kamipun bersalaman untuk pulang ke base masing-masing.

Kali ini aku terus pulang melalui Dengkil dan terus ke Bangi. Perjalanan pulang penerimaan packet kurang memberangsangkan berbanding semasa pergi tadi.

Harap tahun depan banyak lagi rakan-rakan terlibat dengan Rumah Api ini yang biasanya dibuat hujung minggu akhir bulan ogos.

Sekali lagi terima kasih kepada 9M2RMT, 9M2AIA, 9M2AGC, 9W2BSH dan 9M2CCC atas tunjuk ajar dan pengalaman yang sangat berguna. Maaf gambar tiada kali ini kerana telefon sedang dibaiki.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...