9W2DYA-1 ketika musim cuti sekolah


Musim cuti sekolah yang sedang berlangsung kini membolehkan aku memantau igate ini dengan lebih baik. QTH sebenarnya ia diletakkan adalah dibase Taman Impian Putra Bangi.

Sehingga artikel ini ditulis igate ini telah mencapai 365 packet yang didengari secara langsung. Manakala packet yang dihantar ke APRS-IS adalah 535.

Masa cuti sekolah ini aku dapat memastikan dan mengawal sumber tenaga bagi radio dan juga router yang digunakan. Selain itu, sumber tenaga bagi wifi mobile juga boleh dikawal kerana ia dapat berfungsi lebih kurang 4 hingga 5 jam sahaja.

Sehingga kini antena quater wave ground plane masih diletakkan di dalam rumah. Jikalau diletakkan diluar pasti banyak packet dan stesen dapat didengari lagi.

Terdapat 11 stesen telah berjaya didengari on radio path. Tiga stesen yang paling aktif adalah 9W2WEE-3 -167 packet, 9W2DYA-12  -98 packet dan 9W2CEH-3 -72 packet.

Manakala stesen lain adalah 9M4RDG-3, 9W2SMF-9, 9W2SIS-9, dan 9W2KHQ-7 mendapat satu packet. Seterusnya 9W2ZBV-6 -3packet, 9M2AUR-9 -5packet, 9W2XYX-9 -7packet dan 9W2AZX-9 mendapat 9packet.

Bulan november tinggal beberapa hari lagi dan aku mengharapkan dapat menangkap lagi seberapa banyak stesen yang ada.

73, 9W2DYA, Jojet

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...