5 belon Kajicuaca aktif malam ini


 Belon KLIA objek aprs D20051094 altitud ketinggian 10110m. Jam 9:31 malam isyarat hampir terputus-putus. Ketika ini altitud ketinggian 1079m terputus terus dari Bangi.


Belon Kuantan objek aprs D20056938 tidak kedengaran sebarang isyarat dari Bangi. QRV 402.010MHz bagi monitor belon ini. Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9M2ZAK-14 di Kulai.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040118 altitud terakhir 1001m. Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani. 



Belon Kota Bharu objek aprs D20040549 altitud terakhir 4320m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFB51 dijangka mendarat di Kg Penerok jalan no 95. Jangkaan mendarat ke atas daratan pada malam ini. Kini menghampiri Teluk Kerang dan akan berpatah balik jangkaannya. Altitud ketinggian 1809m dan terus menurun.


Kini buat pusingan U berpatah balik ke selatan. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-4 dan 9W2DCW. Kemungkinan juga mendarat di Parit Haji Tasrip. Altitud terakhir 374m berdekatan Kg Parit Tasrip kawasan hutan. Jam 10:30 malam Malis One telah bergerak. Tidak pasti sama ada ke kawasan pendaratan belon Paya Lebar menjadi pertanyaan. Stesen 9W2GEE-9 bergerak juga malam ini.

Jam 10:46 malam stesen 9M2ZAK-5 menuju Pekan Nenas Jalan No.5. Jam 11:02 malam tiba di Pekan Nenas kemudian melalui jalan  J110 melalui Kg Seri Kenangan menuju Belokok.


Jam 11:13 malam telah melepasi Belokok menuju Kg Parit  Tasrip jangkaan pendaratan belon Paya Lebar. Jalan J166 dilalui iaitu Jalan Peradin - Belokok. Jam 11:19 malam tiba di tempat sasaran Kg Parit Tasrip. Isyarat Malis One masih belum dapat diterima oleh payload Paya Lebar. Merujuk kepada peta satelit google. Kawasan pendaratan dipenuhi tumbuhan hijau.


73, Jojet de 9w2dya












No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...