Radiosonde D20040056 Belon Bayan Lepas


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040056 paling awal muncul pada pagi ini. Altitud ketinggian 2439m isyarat dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani, Kedah.


Belon kedua muncul adalah belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFA24. Altitud ketinggian 2091m isyarat dari stesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai.


Belon ketiga muncul adalah belon KLIA objek aprs D20050435. Altitud ketinggian 4468m isyarat diterima dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.

Jam 8:13 pagi menghampiri pantai di Batu Laut altitud ketinggian 11870m. Dua minit kemudian telah berada di ruang udara Selat Melaka altitud ketinggian 12743m.

Jam 8:45 pagi belon Bayan Lepas telah blast altitud ketinggian 28741m. Ketika ini sedang menurun ke bawah menggunakan payung terjun jatuh ke laut.

Jam 9:07 pagi, giliran belon KLIA blast altitud ketinggian 28904m. Sama juga dengan belon Bayan lepas, ketika ini payung telah digunakan untuk terjun ke dalam laut juga. Menurut sumber, peranti yang terjun ke laut ini sebenarnya ada pihak yang mencarinya semula. Kemudian ia menjualnya semula kepada pihak jabatan.


Belon Bayan Lepas kedudukan terakhir altitud ketinggian 2508m.
Jam 9:21 pagi terputus isyarat dengan belon KLIA dari Bangi pada altitud ketinggian 5397m.


Kedudukan terakhir belon KLIA altitud ketinggian 1616m. Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.


 

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...