Radiosonde D20052424 Belon KLIA


Isyarat diterima dari Bangi jam 7:37 pagi objek aprs D20052424 belon KLIA. Seminit kemudian muncul dilayar laman sesawang SondeHub. Altitud ketinggian 1394m isyarat pertama diterima oleh stesen radiosonde. Altitud ketinggian 2411m isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan


Belon Bayan Lepas seawal 7:34 pagi telah muncul objek aprs D20040176. Altitud ketinggian 4410m diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Belon ketiga yang muncul pada jam 7:51 pagi adalah belon Paya Lebar. Objek aprs IMS8AFB55 altitud ketinggian 880m pertama kali muncul. Altitud ketinggian 2409m isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai.

Jam 8:43 pagi belon Bayan Lepas telah blast altitud ketinggian 28597m. Jam 8:44 pagi belon Kuantan muncul altitud ketinggian 17935m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-2 di Kulai.


Belon keempat pagi ini belon Kuantan objek aprs D20056876. Altitud ketinggian 20117m diterima isyarat oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-2 di Kulai, Johor. Ketika ini berada di ruang udara Tasik Bungur, Maran.

Jam 9:11 pagi belon kedua blast adalah belon KLIA. Altitud ketinggian maksimum 30214m. Belon Kuantan dijangka mendarat di Jengka 13 atau ke hadapan lagi di Jengka 16. Harapan hanya pada belon Kuantan untuk mendapatkan perantinya. Ini disebabkan hanya belon Kuantan sahaja akan mendarat di daratan. Tiga belon yang lain akan jatuh ke dalam Selat Melaka.

Semakin kehadapan mungkin Jengka 22 pula. Masih arah ke barat di kawasan Jengka. Kini berada di ruang udara Jengka 22.

Jam 9:24 pagi isyarat belon KlIA terputus altitud ketinggian 2803m. Jangkaan mendarat belon Kuantan di kawasan Gunung Senyum pula. Kawasan hutan pencarian sukar dilakukan. Isyarat dari belon Kuantan dapat diterima readabilty 5/9 dari Bangi. Frekuensi 402.010MHz boleh dipantau. Kini isyarat seperti bunyi keretapi pula. Altitud ketinggian maksimum 30600m.

Stesen radiosonde 9M2TPT turut menerima isyarat belon Kuantan dari Sungai Buloh. Stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri kembangan turut menerima isyarat belon Kuantan. Isyarat masih diterima dengan baik pada jam 9:41 pagi. Jam 9:43 pagi sudah terputus-putus dan terus hilang.

73, Jojet de 9w2dya





 

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...