Radiosonde D20040029 Belon Bayan Lepas


 Belon paling awal muncul dipagi ini adalah belon Bayan lepas objek aprs D20040029. Altitud ketinggian 9284m isyarat diterima dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.



Belon KLIA objek aprs D20051264 dapat diterima isyaratnya dari Bangi. Bermula jam 7:35 pagi isyarat seperti biasa diterima readability 5/9 di frekuensi 401.111MHz. Cuma malam tadi agak lambat terima kemungkinan WX hujan sebelah senja .


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFA26 paling lambat muncul. Namun telah berjaya memotong belon KLIA lebih tinggi daripadanya. Tapi masih belum dapat menandingi belon Bayan Lepas yang dilepaskan lebih awal lagi. Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai.


Sementarai itu, kelihatan stesen 9W2DCW-7 menghala ke Pulau Pisang. Tidak pasti sama ada pergi memancing atau menunggu belon jatuh.

Jam 8:47 pagi belon Bayan Lepas telahpun blast altitud ketinggian 28619m. Jangkaan mendarat masih ke dalam laut Selat Melaka.

Jam 9:16 pagi belon KLIA pula telah blast altitud ketinggian 30000m. Jangkaan mendarat turut ke dalam laut Selat Melaka juga. Jam 9:30 pagi isyarat terputus altitud ketinggian 3059m dari Bangi.

Berbalik kepada stesen 9W2DCW-7 ketika ini kelihatan telah berada di Rumah Api Pulau Pisang. Altitud ketinggian 126m di kawasan persekitaran rumah api berdasarkan data stesen tersebut jam 9:40 pagi. Jika rujuk google maps satelit kelihatan sebuah Rumah Api berwarna putih jelas kelihatan.


73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Belon DFM09P19028090 muncul dari Port Dickson

Credit 9W2DVZ   Pagi ini muncul belon jenis DFM09P 19028090 dari perairan Port Dickson. Isyarat terakhir jam 8:36 pagi berada di Bagan Siapi...