Radiosonde RS92-SGP L234323 Belon Segamat

Credit 9W2EYR

 Petang tadi dikhabarkan belon Segamat kod RS92-SGP L2343231telah aktif. Jam 3:50 petang altitud ketinggian 15713m.

Credit 9M2ZAK

Jangkaan mendarat di Alor Gajah berbanding ahad lalu di Rantau, Negeri Sembilan. Rakan ham Melaka boleh memburu payload radiosonde ini.


Belon KLIA objek aprs D20052351 terbang di ruang udara Sepang jam 8:00 malam. Stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan bekerja dengan baik.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040215 telah blast altitud ketinggian 20937m. Stesen radiosonde 9W2EYR-14 turut bekerja dengan baik.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AF46 altitud ketinggian 11108m pada jam 8:01 malam. Kali ini penerbangan ke arah selatan Singapura. Stesen radiosonde 9W2GEE-14 memainkan peranan apabila belon semakin ke selatan.


Belon Kuantan turut aktif malam ini. Objek aprs D20051159 altitud ketinggian 31636m di Maran. Isyarat dari stesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai, Johor telah bekerja dengan cemerlang malam ini.

Belon KLIA blast pada altitud ketinggian 30962m. Melepasi garisan maritim antarabangsa berdekatan Bagan Siapi-api Indonesia. Jam 10 malam terputus isyarat altitud ketinggian 5266m dari Bangi. Kemudian QSY frekuensi belon Kuantan 402.011MHz. Terima readability 5/9.

Jangkaan mendarat di Chenor, Maran dekat Sg Pahang. Blast altitud ketinggian 33392m merupakan juara latitud maksimum daripada keempat-empat belon malam ini.

Jam 10:11 malam stesen radiosonde 9M2TPT mula mengambilalih isyarat penerimaan. Lokasi jangkaan mendarat turut berubah ke jalan Mentiga - Terapai C108 dekat Sg Pahang. Isyarat mula tersekat-sekat pada altitud ketinggian 8168m. 

Jam 10:19 malam isyarat putus pada altitud ketinggian 5622m. 

73, Jojet de 9w2dya



No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...