Berjaya dapat dua Radiosonde daripada tiga misi


 Pagi ini berjaya mendapat dua unit radiosonde daripada tiga misi pencarian. Radiosonde D22028685 jatuh malam tadi pada 21 Januari 2023 jam 21:18 . Ia jatuh di Kg Tali Air berada dalam kawasan kebun pisang.


Jarak 17.4m merupakan jarak peranti yang ditemui dari titik akhir. Altitud ketinggian terakhir bagi belon KLIA ini adalah 469m. Ia jatuh ditepi laluan kawasan kebun. Pekerja kebun telah menemuinya dan dibiarkan begitu sahaja. Mereka telah memaklumkan kepada tuan punya kebun. Akibatnya, mudahlah aku masuk dan minta kebenaran ke dalam tadi kerana telah maklum tujuan kedatanganku.


Peranti dan belon ditemui di tepi laluan dalam kebun pisang ini. Nasib baik pekerja tidak mengutip dan membuangnya. Mereka telah menyebarkan gambar peranti kepada semua pekerja. Masa aku tiba, salah seorang telah menunjukkan gambar peranti yang diambil. Lalu dia tunjukkan peranti tersebut dalam beberapa meter dihadapan.


Belon ditemui dihadapan peranti seperti selalunya. Belon pecah sepenuhnya. Setelah mengambil data, aku menggulungkan benang pada kayu pine. Jatuh pada rumput yang telah diracun merupakan laluan kenderaan. 


Perspektif dari belon ke arah peranti berdekatan lopak air. Laluan ini digunakan pekerja untuk memunggahkan hasil atau baja pokok.























No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...