Radiosonde D22028602 jatuh di sebelah Universiti Islam Selangor


 Pagi tadi berkesempatan mencari radiosonde D22028602 yang jatuh berdekatan Universiti Islam Selangor, Bangi. Lokasi sangat dekat dengan base station. Sekejap sahaja boleh sampai di lokasi kejadian. Jatuh jam 9:47 pagi terus bergegas ke KUIS. Namun, tidak jumpa sebarang tanda berdasarkan koordinat 2.88993 darjah Utara dan 101.78672 darjah Timur.


Parit di koordinat menjadi halangan besar. Kejauhan lihat tidak nampak sebarang benang mahupun belon. Parit sangat besar untuk melepasinya. Namun, ia boleh dilintasi dengan baik apabila terlihat ada titi boleh dilepasi.

Jarak 4.3m merupakan jarak koordinat dari tepi parit. Ia menunjukkan terlalu dekat tetapi masih tidak ditemui juga. Semasa tiba ditepi parit isyarat tidak kedengaran namun kekuatan isyarat adalah penuh. Selepas beberapa ketika, baru kedengaran audio isyarat dari corong radio. Ini memberi isyarat bahawa koordinat terkini boleh diperolehi dengan rdzTTGOsonde.

Setelah isyarat diimbas menggunakan rdzTTGOsonde, berjaya mengunci koordinat 2.88984 darjah Utara dan 101.786697 darjah Timur. Berjalan hingga tepi pagar berbaki 8m lagi untuk mendapatkan peranti. Nampaknya kena keluar ke rintis TNB bagi mendapat peranti yang berada di luar pagar KUIS. Terpaksa keluar semula dari KUIS untuk menjejak melalui rintis TNB bersebelahan pintu masuk utama.
Jarak 494m merupakan jarak dari permulaan laluan rentis TNB dari jalan besar. Nasib baik rentis TNB ini mempunyai laluan kenderaan. Tanpa berfikir panjang ikut sahaja laluan tersebut. Laluan beralun mengikut kontur bukit. Nasib baik rentis ini baru sahaja dicuci. Tidaklah terlalu bersemak sangat. Langkah semakin laju untuk mendapatkan peranti. Tiba sahaja  di kawasan berdekatan tempat letak kereta yang tiba tadi. Sudah pasti peranti berada di kawasan tersebut.


Sebelah kiri laluan merupakan kolam takungan banjir yang diselenggara oleh JPS. Beberapa ekor burung bangau bertenggek di tepi kolam itu.


Walaupun bersemak, laluan masih tetap boleh dilalui. Keadaan mendaki ini tidak mematahkan semangat untuk terus mencari peranti.  Nasib baik ada laluan kenderaan beroda ini bolehlah sahaja disusuri.


Suasana kampus Universiti Islam Selangor yang dulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Terletak di Bandar Seri Putra, Bangi. Paling dekat ia jatuh dari base station.


Peranti ditemui di sebalik daun-daun mati pokok yang ditebang hasil kerja-kerja membersihkan rentis TNB. Ia terletak beberapa meter sahajadari pagar KUIS seperti yang dijangka. Jadi, otak hendaklah sentiasa ligat jikalau plan pertama tidak berjaya. Gunakan alternatif lain untuk mencapai matlamat.


Hasil cerapan jam Garmin koordinat peranti 2 darjah 53.3899' Utara dan 101 darjah 47.1986' Timur.


Belon jatuh dihadapan peranti seperti kebiasaannya. Pecah sepenuhnya bagi altitud ketinggian maksimum 33,293m. Jatuh atas semak di laluan rentis TNB. Sebab itulah tidak nampak dari pagar KUIS. Jikalau tersangkut pada pokok pasti benang boleh dijejaki.


Koordinat belon 2 darjah 53.3876' Utara dan 101 darjah 47.1985' Timur. Kedudukan agak dekat antara belon dan peranti.


Peranti pertama bagi tahun 2023 berjaya dalam genggaman. Masih hidup lagi ketika ini. Semasa tiba di dalam KUIS ia senyap sahaja. Tunggu beberapa minit selepas jatuh barulah audio kedengaran dari corong radio. Mungkin kesan terhempas di atas rumput ia senyap seketika. Kalau terhempas atas jalan tar senyap terus.


Pemandangan rentis TNB yang beralun arah ke jalan besar untuk pulang sebelum ke saltmine. Hati kegembiraan berjaya bawa pulang peranti dengan selamat. Penemuan yang paling singkat kerana berdekatan dengan rumah sahaja.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...