Dua belon dilepaskan


 Pagi ini telah dilepaskan dua belon oleh Met Malaysia. Radiosonde D22028522 menggunakan frekuensi biasa 401.110MHZ. Manakala belon kedua radiosonde D22028919 menggunakan frekuensi 401.511MHz.


Belon pertama sedang pecah untuk mendarat. Sedangkan, belon kedua masih lagi terbang di udara.

Credit 9W2MDZ
Pagi ini juga, Abg Zahrin 9W2MDZ berjaya menemui belon Klia malam tadi. Ia jatuh berhampiran jalan menghala ke KLIA. Radiosonde D22028503 jatuh altitud terakhir 263m. Berjaya dijumpai jarak 56.9m di kawasan ladang kelapa sawit.


Jam 9:40 pagi belon pertama telah selamat mendarat di sebelah barat KLIA 2. Kawasan ladang kelapa sawit koordinat 2.72145 darjah Utara dan 101/67435 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 97m serta ketinggian maksimum 30.727m. Stesen radiosonde Budak_Giler di Puchong baru dinaikkan semula telah bekerja dengan cemerlang. Altitud terakhir bawah 100m telah berjaya dicerap olehnya pagi ini

Credit 9W2MDZ

Selepas berjaya mrndapat belon malam tadi, Abg Zahrin 9W2MDZ bergerak ke lokasi kedua. Belon pertama pagi ini berjaya ditemui di ladang kelapa sawit. Kelihatan jatuh atas pokok pakis menggambarkan persekitaran yang agak semak. Lampu led masih menyala membolehkan ia dikesan menggunakan radio.

Credit 9W2MDZ

Peranti radiosonde yang kedua dalam genggaman pagi ini. Menurut beliau kawasan ladang ini berpalang. Nasib tidak berkunci dam memudahkan untuk mengaksesnya. Kebiasaan hari ahad pasti palang itu berkunci kerana pekerja ladang bercuti.

Credit 9W2MDZ

Jarak titik akhir ke peranti yang dijumpai 3.9m bagi altitud 97m. Koordinatnya 2.721458 darjah Utara dan 101.674307 darjah Timur.

Credits 9W2MDZ

Keadaan belon ditemui oleh Abg Zahrin 9W2MDZ di persekitaran paku-pakis. Serpihan belon berjura-jurai meninggalkan baki sedikit.



Belon kedua KLIA pagi ini telah jatuh jam 10:29 berdekatan Jalan Sepang. Altitud ketinggian 164m serta ketinggian maksimum 28,792m. Koordinat 2.70944 darjah Utara dan 101.76184 darjah Timur.

Credits 9W2MDZ

Belon kedua turut berjaya dijumpai oleh Abg Zahrin 9W2MDZ. Ini menjadi sejumlah 3 unit berjaya dicari pada pagi ini.

Credits 9W2MDZ

Belon ditemui di atas rumput kemungkinan berdekatan laluan sawit. Umpama belon pertama serpihan belonnya kelihatan sangat besar. Kesimpulannya dua belon pagi ini masih berbaki banyak dan berjurai-jurai. Pasti bau gas masih lagi kuat ketika ditemui.

Credits 9W2MDZ

Keadaan peranti ketika ditemui oleh Abg Zahrin di atas rumput hijau jatuhnya. Berbaloi usaha Abg Zahrin pagi ini kerana berjaya dapat dua belon pagi dan satu belon malam tadi. Hasil mengikut kami yang telah setahun berkecimpung memburu belon. Kini, dengan pengalaman serta ilmu yang diperolehi telah berjaya melancarkan misi secara solo. Hasilnya tidak menghampakan pasti dibawa pulang. 

Tahniah! Abg Zahrin semakin cekap mengejar belon tanpa mambawa pulang tangan kosong.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...