Termasuk ladang Kelapa Sawit


 Belon KLIA malam tadi radiosonde D22028054 berjaya dicari. Jatuh jam 21:11 malam bertarikh 17 April 2023 di jalan Labohan Dagang - Nilai. Ini merupakan kali kedua ia jatuh pada jalan yang sama. Pada minggu lepas bersama Abg Zahrin 9W2MDZ berjaya menemui di jalan ini berdekatan dengan Ladang MAB selepas jambatan Elite KLIA.


Merujuk tangkap layar di atas kelihatan jatuh di tepi jalan. Kali ini ia mangarah ke tepi jalan mempunyai peluang untuk dicari. Jikalau jatuh tengah jalan pastilah digelek kenderaan. Ia berjaya di temui dalam kawasan ladang kelapa sawit. Pokok kelapa sawit yang paling hampir dengan jalan ini menjadi penyelamat.


Peranti tergolek mengereng serta lampu Led masih menyala lagi. Sayangnya hand-held tidak dibawa bersama kerana tertinggal di rumah. Hanya berbekal koordinat yang disetkan dalam GPS waypoint finder berserta lampu suluh. Satu backpack tersedia rdzttgo, kompas, pisau lipat dan lampu suluh sentiasa dalam bonet kereta. Tidak lupa juga satu set peranti untuk ditunjukkan sebagai contoh bahan bukti ketika misi SAR dijalankan.


Ketika tiba di lokasi belon jatuh, suasana gelap menyelubungi persekitaran Hanya sekala-sekali kenderaan lalu-lalang. Terpaksa memasang lampu serta menyalakan lampu isyarat. Menyuluh-nyuluh di persekitaran tepi jalan itu. Tiada apa yang dapat dilihat dalam persekitaran radius titik akhir yang sangat tepat. Nasib baik ada kolong tepi jalan itu. Parit air menyambung dari bawah jalan ke seberang sana. Suluh kawasan sawit tiada apa yang dapat dilihat.


Setelah puas memerhati di kawasan titik akhir, hati tergerak untuk masuk ke dalam sedikit. Ternyata peranti berada di hadapan tergolek di atas tanah. Belon tersangkut di atas pelepah sawit. Jarak yang dibaca 5.2m bagi latitud ketinggian terakhir 41m. Nampak kereta dari situ dipisahkan semak tepi jalan. Nasib baik ada laluan simen kolong membawa masuk ke dalam sedikit.


Peranti radiosonde D22028054 diambil gambar di base station. Jumpa tadi selepas perekodan terus keluar dan bergerak pulang. Membuat pusingan U di simpang Labohan Dagang hanya beberapa meter dari lokasi belon mendarat. Radiosonde terus diletakkan atas dashboard kereta tanpa mematikan baterinya. 


Balik ikut Nilai untuk menguji tahap penerimaan isyarat ke stesen radiosonde 9W2MDZ. Ternyata isyaratnya dapat dikesan dengan mudah ketika menghampiri Dataran Nilai. Banyak kali berhenti akibat lampu isyarat merah. Ketika inilah isyarat terus dihantar dan dimasukkan ke dalam server Sondehub.


Jam 23:41 malam belon dikesan pada ketinggian 73m. Ketika ini, masih berhenti di lampu isyarat melepasi Dataran Nilai. Seterusnya menghala ke Nilai Impian.


Isyarat terakhir di kesan di Jalan Mutiara simpang Laman Azalea. Ketinggian 78m telah dicerap serta kelajuan 11.0m/s. Terus pulang ke base melalui Bukit Mahkota seterusnya ke Bandar Seri Putra.

73, Jojet de 9w2dya



No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...