Jatuh di Tanjung Mas


 Belon Klia pagi tadi radiosonde D22028488 telah jatuh diHutan Paya Bakau di Tanjung Mas, Sepang. Abg Zahrin 9W2MDZ telah berjaya menemui belon dan peranti di kawasan hutan ini. Percubaan pergi melihat-lihat akhirnya membawa hasil apabila air surut membolehkan beliau berjaya membawa hasil.

Credits 9W2MDZ

Kelihatn peranti berada di atas tanah yang kering manakala belon berada di atas rumput tumbuhan hijau. Dapat dilihat air di hutan bakau ini surut membolehkan kerja menyelamat dapat dijalankan.

Credits 9W2MDZ

Kedudukan peranti ditemui di kawasan berair namun telah surut. Tanpa masalah Abg Zahrin 9W2MDZ boleh memasuki kawasan ini dan mengambilnya. Jikalau air pasang sekalipun peranti akan turut terapung. Khuatiri ia akan bergerak ke tempat lain pula.

Credits 9W2MDZ

Jarak belon dari titik akhir adalah 15.3m. Koordinat 2.654260 darjah Utara dan 101.742818 darjah Timur.

Credits 9W2MDZ

Peranti radiosonde D22028488 berjaya dalam genggaman Abg Zahrin 9W2MDZ. Tak salah mencuba datang menengok walaupun berada di dalam hutan bakau. Setelah meninjau dah boleh dimasuki dalam keadaan selamat. Barulah misi dapat diteruskan tanpa ragu-ragu. Itulah rezeki namanya datang dengan langkah kanan.

Credits 9W2MDZ
Jarak 24.6m merupakan jarak peranti yang ditemui dari titik akhir. Altitud ketinggian terakhir adalah 103m manakala ketinggian maksimum 28,003m. Agak jauh juga namun masih boleh mencapainya dengan kawasan yang boleh dijejaki.


Keadaan hutan bakau yang dimasuki oleh Abg Zahrin 9W2MDZ. Tidak terlalu padat dan kelihatan lapang sahaja. Ruang seperti ini memberi peluang yang luas untuk dimasuki. Bertambah pula air yang surut memudahkan lagi pencarian.

Credits 9W2MDZ
Jarak yang perlu dilalui oleh Abg Zahrin 9W2MDZ untuk ke titik akhir 138m. Jarak kurang 150m bolehlah dianggap dekat. Bergantung juga pada keadaan persekitaran. Pengurusan risiko perlu dipertimbangkan serta diberi perhatian bagi menjamin keselamatan diri.


Jeti Tanjung Mas di Sungai Sepang untuk aktiviti rekreasi air yang ditawarkan. Kelihatan banyak bot-bot berlabuh di jeti itu.


Jalan tanah merah sebelah Sungai Sepang arah laluan ke titik akhir kawasan paya bakau. Boleh dilalui kenderaan bermotor.

Credits 9W2MDZ
Kelihatan di simpang itu bot nelayan berlabuh. Tidak pasti sama ada yang masih boleh digunakan atau tersadai di situ sahaja.

Credits 9W2MDZ

Laluan tanah merah ke titik akhir belon jatuh. Sebelah kiri merupakan Sungai Sepang manakala sebelah kanan yang rimbun merupakan hutan paya bakau. Cuaca sebelah pagi masuk ke tengah hari sangat cerah. Sebelah petang pula setiap hari ribut petir kini.


Kunci air mengawal pergerakan air ke Sungai Sepang yang besar menjadi sempadan dua negeri. Jalan Utama Batu 2 akan membawa terus ke jeti ini. Tempat menarik ini boleh dikunjungi untuk meneroka di kawasan persekitarannya. Tahniah! sekali lagi kepada Abg Zahrin berjaya menemui belon Klia pagi ini. Turut secara tidak langsung telah berjaya meneroka tempat yang menarik di Sepang.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...