Stesen Radiosonde 9W2MDZ di Nilai bekerja dengan cemerlang


 Stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai telah bekerja dengan baik sekali. Pagi ini semasa memantau di laman sesawang Sondehub kelihatan belon Klia  masih berada di Met Sepang lagi seawal jam 7:39 pagi. Tangkap layar di atas menunjukkan radiosonde D22028547 pada pagi ini masih berada di tanah. Altitud ketinggian 6 meter dari aras laut.


Pemandangan gambar satelit Met Sepang tempat pelepasan belon kaji cuaca. Jam 7:42 pagi ia masih di situ namun isyarat telah berjaya di kesan dari Nilai. Belon telah berada di kawasan lapang pelepasan di tempat letak kereta bersebelahan Bilik Belon.


Jam 7:43 pagi ia telahpun berlepas dari Met Sepang. Altitud ketinggian 194m dengan mudah di kesan oleh stesen radiosonde 9W2MDZ yang berada di Nilai.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Ham Radio Meet-Up 2026

  Stesen yang berkelapangan boleh datang ke Tasik Putrajaya pada 3 Mei 2026. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan; 1. Test Antena Verti...