Tersangkut Pokok Durian


 Petang tadi lepas zohor sempat meninjau belon Klia yang jatuh pagi semalam. Radiosonde D22028981 telah jatuh pada 19 April 2023 jam 9:31 pagi. Koordinat 2.74665 darjah Utara dan 101.83867 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 84m dan ketinggian maksimum 29,154m.

Belon ini telah jatuh di Kampung Batu 9 Labu. Jatuh belakang rumah orang yang terdapat pokok buah-buahan. Ketika ingin sampai, aku telah termasuk salah lorong. Ini menyebabkan perlu keluar semula dan pergi ke tempat yang ditujui. Jarak 16.9m merupakan jarak belon dijumpai dari titik akhir. Belon telah jatuh di dalam reban angsa. Tepat-tepat di bekas minuman angsa yang disediakan oleh tuannya. Mungkin lewat senja barulah  tidur dalam rebannya itu.


Ketika tiba berhampiran titik akhir merupakan halaman rumah orang. Terdapat dua orang budak sedang mengemaskan sesuatu di depan rumahnya. Tanpa berlengah akupun mengambil contoh peranti untuk ditunjukkan kepada mereka. "Adik ada nampak benda macam ini tak?" tanyaku kepada mereka. "takde bang! jawab jujur.  "Jom ikut abang cari belon ini". pelawaanku.


Merekapun ikut untuk membantu mencari bersama. Ketika itu berpanduka kompas digital telah menunjukkan arah dalam pagar. "Belon itu ada dalam kawasan pokok itu" maklumku kepada mereka. "Takpe bang ikut saya tunjuk jalan masuk ke dalam" sapa salah seorang daripada mereka. "Ini rumah makcik saya, semua saudara saya kat sini" terangnya lagi. Lega rasanya sebab saudara-mara punya rumah senanglah hendak berurusan getusku.


Seterusnya mengekor mereka dari belakang masuk mengikut pintu di pagar. Tiba di titik akhir mata melilau-lilau di kawasan pokok buah-buahan di situ. Tidak nampak benda yang hendak dicari. Selepas itu mendongak ke atas jikalau tersangkut. Ternyata telahanku benar belaka. Peranti kelihatan tersangkut pada dahan pokok durian yang sedang berbunga lebat.

Seterusnya menyusur benang ke arah ia berakhir dari peranti yang tersangkut itu. Akhirnya belon dilihat berada di dalam reban angsa. Macam mana aku tahu itu reban angsa. Ini kerana masa tiba di sini terlihat angsa di belakang rumah tuannya. Nasib baik jauh kalau tidak pastilah dikejarnya. Kemudian terus masuk ke dalam reban untuk mencari jalan bagi mendapatkan peranti. Jarak 11.8m merupakan jarak peranti dari titik akhir.


Inilah dua orang budak yang membantu mencari belon pada siang tadi. Berdiri di bawah peranti yang tersangkut selepas berjaya di turunkan. Kawasan berpagar dibelakang mereka itulah reban angsa. Peranti berjaya diturunkan dicelah pokok duku. Nasib baik ia turun hingga ke tanah dengan selamat tanpa tersangkut lagi. Budak-budak inilah yang datang menyambutnya. Seronok betul mereka melihat peranti yang tersangkut turun dengan selamat.


Bagaimanakah teknik yang perlu digunakan bagi peranti yang tersangkut pada dahan pokok? Mudah sahaja cara hendak menurunkannya. Mula-mula tarik benang perlahan-lahan bagi memastikan ia tidak ada halangan pada mana-mana bahagian dahan. Setelah mengenal pasti tersangkut pada satu dahan sahaja. Kerja akan menjadi mudah. Perlu menarik-narik tidak terlalu kuat dan lepaskan perlahan-lahan benang. Daya graviti akan menariknya menurun perlahan-lahan. Ini kerana benang yang panjang ini membolehkan ia turun dengan selamat tanpa tersangkut lagi.


Ini merupakan pengalaman kedua menurunkan peranti  tersangkut pada dahan pokok durian. Jikalau tergantung dengan elok ia sangat mudah untuk diturunkan. Tapi jikalau tersangkut pada pelepah dan tidak pula kelihatan kedudukan peranti pastilah sukar untuk mendapatkannya. Semuanya kena berkemahiran dalam mengatasi masalah. Perlu bersabar dan berfikir secara rasional bagi mencapai sesuatu matlamat. Jangan gelojoh dan sikap terburu-buru amat merugikan.

Setelah melaporkan kepada laman sesawang Sondehub atas kejayaan menemui belon ini. Aku menghadiahkan seorang satu peranti tersebut untuk kenang-kenangan. Mereka berdua amat teruja mendapat peranti dan belon. 


Seterusnya bergerak pulang melalui exit Ainsdale. Pada 17 April 2023 jam 9:34 pagi radiosonde D22028506 telah jatuh di kawasan berdekatan. Tidak boleh memberhentikan kereta dibahu jalan. Cuba memandu perlahan jikalau terlihat kelibat belon.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...