Outdoor Expo Malaysia 2024


 Pada hari ahad lepas 30 Jun 2024 telah menghadiri Outdoor Expo Malaysia 2024 di Kompleks Sukan Kelana Jaya. Pergi bersama harmonic lebih teruja bermain di taman permainan kanak-kanak di Tasik Bandaran dekat situ. Monitor di V40 145.500MHz. Ketika menghampiri lokasi kedengaran audio di frekuensi ini. Tiada sebarang QSO atau contact. Hanya ada audio bersembang-sembang  sekali-sekala muncul pada corong radio.


Pada mulanya tawaf Stadium untuk mencari tempat letak kereta. Kemudian mencuba nasib di parkir Tasik. Alhamdulillah ada satu parkir kosong berdekatan taman permainan. Damia ingin bermain terlebih dahulu sebelum bergerak ke Kem Pengakap. Terdapat pintu gerbang yang turut menjadi menara kawalan. Masuk  melalui titi buluh. Pelbagai gajet dipamerkan seperti tempat menyimpan peralatan atau perkakasan. Suasana Jamboree di sini dialu-alukan oleh anggota Pengakap. Ahli Pengakap mengalu-alukan kedatangan serta memberi penerangan pada setiap peralatan atau gajet yang ada.


Kemudian menghala ke Kompleks Sukan tersebut. Ramai pengunjung datang pada hari terakhir tersebut. Ekspo ini telah bermula hari Jumaat dan berjaya menarik minat penggerak rekreasi. Kelihatan anak-anak mencuba flying fox. Menara pelepasan di sebelah tepi pula adalah aktiviti wall climbing. Ia dikendalikan oleh Delta Rovers. Penulis mengenali Delta Rovers semasa Jamboree Asia- Pasifik tahun 1997 lagi di Bukit Kluang, Terengganu.


Kegiatan luar sememangnya satu industri yang boleh menjanakan pendapatan negara. Rakyat aktif berekreasi melahirkan generasi yang sihat dari segi fizikal dan mental. Banyak syarikat jual peralatan perkhemahan dan sukan membuatkan pengunjung rambang mata. Tawaran harga yang kompetitif sudah pastilah menguntungkan pembeli.


Aktiviti flying fox sentiasa mendapat perhatian dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sebelah dalam gelanggang berpagar itu tidak silap paintball. Sebelahnya lagi perlumbaan pushbike untuk si cilik memikat hati ketika berlumba. Kemudian masuk ke dewan dengan pelbagai barangan jualan.

Sebelah luar dewan juga banyak reruai dan khemah untuk pameran dan jualan. Terdapat satu lagi menara wall climbing milik Hikers Climber yang terkenal di Shah Alam. Penulis mengenali Hiker Climbers sejak belajar di UiTM lagi. Pernah turut membantu mengendalikan program outdoor ketika itu.

Kemudian booth MARES bersama kenderaan komunikasi. Ramai rakan ham kelihatan di khemah tersebut rancak berbual. Tidak sempat menyapa memandangkan harmonic ajak bergerak ke tempat lain mencari alas perut.

Jualan gerai makanan dan minuman turut disediakan. Boleh memilih juadah mengikut selera masing-masing. Usai membeli juadah serta menghilangkan dahaga kembali ke taman semula.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

MAHA 2024 100 tahun

  Hari Ahad 15 September telah pergi ke MAHA 2024 di MAEPS Serdang. Kali ini masuk Maeps tidak boleh pusing menggunakan kenderaan sendiri. S...