Radiosonde 2302105779 jatuh depan ladang KLIA2


 Pada hari sabtu lepas bertarikh 20 Julai 2024 radiosonde 2302105779 telah jatuh di hadapan ladang KLIA 2. Belon KLIA telah pecah awal pada altitud ketinggian maksimum 9,778m. Altitud ketinggian terakhir 338m.


Merujuk pada tangkap layar di atas bomoh  menunjukkan ia akan jatuh ke seberang sungai. Jangkaan mendarat itu menunjukkan kemungkinan boleh masuk dalam air sungai lalu hanyut. Menjadi prinsip pemburu belon pergi ke lokasi kejadian bagi menyiasat dan mencari terlebih dahulu. Ini tujuan membuktikan sama ada telahan bomoh itu tepat atau tidak.


Oleh kerana, lokasi kejadian berdekatan dengan jalan utama. Pastilah misi pencarian dilancarkan. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu rezeki menyebelahi pada misi kali ini. Maklumlah monsun barat daya ini membawa belon ke arah Selat Melaka sahaja. Merujuk buku log radiosonde penulis. Tidak ada lagi rekod kejayaan pada bulan julai.


Usai urusan latihan olahraga di saltmine barulah misi pencarian dapat dijalankan. Itupun dapat trafik dari Arul 9W2OCX memaklumkan belon KLIA telah jatuh darat.


Tiba di KLIA 2 perlulah mencari parkir paling sesuai dan selamat. Setiap sudut di kawasan KLIA 2 ini dijaga rapi oleh pasukan keselamatan. Parkir tepi jalan berdekatan Menara kawalan trafik udara pastilah dihalau oleh pegawai yang bertugas. Bahu jalan turut diletakkan papan tanda zon tunda.


Akhirnya mengambil keputusan untuk parkir di bahu jalan jelopi staff Air Asia. Merujuk GPS waypoint finder. Jarak dari jelopi ke titik akhir adalah melebehi satu kilometer. Biar jauh asalkan jelopi berada dalam keadaan selamat.


Menyusur jalan tepi berumput hingga tebing sungai. Lokasi titik akhir berjaya dijumpai. Ternyata tiada apa-apa tanda di situ. WX petang amat terik. Monsun barat daya sememang musim kering. Angin bertiup arah belon KLIA yang jatuh itu.


Seterusnya mencari sepanjang tepi tebing sungai. Melihat-lihat aliran sungai jikalau belon tersangkut dalam air. Selain itu, melihat pada setiap bahagian pokok kelapa sawit berhampiran tebing juga. Habis semua semak diredahi.


Laluan batu kelikir sebelah deretan kelapa sawit dan bersebelahan sungai pada sebelah kanan. Bergerak hingga 350m ke hadapan. Kemudian berpatah balik melakukan perkara yang sama. Meninjau sekitar tebing termasuk sebelah seberang sana juga.


Kadang-kala memerhati dengan teliti setiap pokok di seberang sana. Sudah pastilah sasaran adalah benang yang tersangkut pada pelepah kelapa sawit.


Tiba pada jarak 146m ke titik akhir. Mata terpandang sesuatu pada sebatang pokok kelapa sawit di seberang sungai. Mata dengan teliti melihat seperti ada benang pada pokok kelapa sawit di seberang. Hasil penelitian dan pemerhatian yang tepat ternyata sah ada benang tersangkut di sana.


Alhamdulillah, benda yang dicari telah berjaya dikesan lokasinya. Keluar ke jalan batu kelikir untuk terus ke jalan besar. Mendaki tebing jalan melintas jambatan jalan tersebut.


Melepasi jambatan memerhatikan air sungai yang jernih dan sangat cetek pemandangan dari atas. Menyusur tangga batu terus ke laluan sawit selari dengan sungai. Pokok gambar di atas terdapat benang yang dicari.


Bergerak hingga jarak 146m dan ke depan sedikit. Kemudian masuk ke tebing mencari batang pokok tersebut. Rupanya terlajak sedikit dan berpatah balik sudah kelihatan benang terjurai pada pelepah kelapa sawit.


Tangga yang digunakan menuruni dari jambatan jalan besar. Laluan sawit terus membawa ke pokok kelapa sawit yang ada benang tersebut. Kelihatan aliran sungai bersebelahan deretan pokok kelapa sawit.


Jarak 154m dari peranti radiosonde 2302105779 ke titik akhir bagi altitud 338m. Separuh jarak bagi ketinggian terakhir. Seberang sungai sana tadi adalah 146m tambahan 8m bagi lebar sungai.


Keadaan peranti radiosonde 2302105779 berada di dalam semak bawah pokok kelapa sawit. Agak jauh juga dari tebing sungai.


Kalau bukan kerana benang yang tersangkut pada pelepah pokok ini. Pastilah misi mencari sangat sukar. Itupun hampir sejam juga meraban di tepi tebing sungai seberang sana.


Inilah radiosonde yang diburu setelah sekian lama berehat sejak monsun barat daya. Pertama kali dalam bulan julai berjaya mendapat radiosonde sejak mula pencarian penghujung tahun 2021. Lampu menyala menanda kuasa bateri masih lagi aktif.



Model kedua radiosonde keluaran Weathex.co Ltd dari Korea. Model pertama dahulu DFM-17 dari Jerman. Nombor siri tertera adalah betul mengesahkan misi kali ini telah berjaya. Sayangnya benang terputus dengan belon. Belon dan winder tidak diketemui pada lokasi pencarian. Mungkin punca belon pecah awal hingga altitud ketinggian 9,778m.



Usai mendokumentasi perjalanan pulang semula ke jelopi mengikut tepi jalan besar. Sayup mata memandang hendak sampai ke jelopi. Biar jauh asalkan jelopi selamat tanpa ada gangguan.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

MAHA 2024 100 tahun

  Hari Ahad 15 September telah pergi ke MAHA 2024 di MAEPS Serdang. Kali ini masuk Maeps tidak boleh pusing menggunakan kenderaan sendiri. S...