9A5BDE-8 berada berhampiran Acheh

Stesen 9A5BDE-8 kini dalam pelayaran meninggalkan Selat Melaka. Ia akan belayar menuju ke Teluk Parsi. Sebelum ini menggunakan callsign lamanya 9A3ADE-14.

9A3ADE aktif dalam HF packet di 14MHz menurut beliau ketika text bersamanya petang tadi. Damir 9A5BDE mengambil 10 hari untuk ke Teluk Parsi. Ini bukan pertama kali dapat text bersama beliau. Rasanya sudah beberapa kali dapat text terutama ketika berada di Selat Melaka.

Pertama kali kelihatan callsign ini sejak tahun lepas lagi. Selepas itu, setiap perjalanannya dapat pantau. Merasa seperti turut belayar ke destinasi dituju seperti stesen di Taiwan, Jepun, India, Sri Lanka, UAE dan Qatar. Maka, laluan kapal dagang dapat diketahui trafiknya.

Petang tadi juga stesen 9W2DYA-3 diaktifkan semula. Net51tnc device yang digunakan untuk kawasan sekitar Bandar Seri Putra, Bangi. Juga kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan di bahagian selatan Selangor.

No comments:

Post a Comment

Belon KLIA hilang

  Belon KLIA malam ini telah hilang tanpa dapat dikesan. Radiosond 2302104418 hanya dapat dikesan hingga jam 20:57 malam sahaja. Altitud ket...