Hanya menggunakan handy antena rubber duckies di dalam rumah pada awal pagi ini.
Pada sebelah petang ketika tiba dari kawasan tengah mendapat beacon stesen 9W2WS-9 dan 9M4RJR-3 Gunung Jerai.
Semasa dalam perjalanan ke utara kelihatan stesen
9W2UGS ABG Sharil turut menggunakan highway Plus dan keluar ke Taiping. Menghadiri kenduri kemudian terus ke utara lagi.
Stesen 9W2WS di Simpang Ampat merupakan juga stesen AIS. Setiap kapal dan bot yang dilengkapi AIS dapat dilihat ikon dalam APRS. Oleh itu, banyak ikon bot dan kapal kelihatan di Pelabuhan Pulau Pinang.
Stesen 9A3ADE-14 ikon kapal layar kelihatan berada di Selat Melaka berdekatan Tanjung Balai. Stesen beberapa kali telah kelihatan di Selat Melaka sebelum ini.
No comments:
Post a Comment