Ariff dan Ameer berjaya mendapat pingat emas di Sukan SEA ke-29 2017

Hari terakhir Sukan SEA ke-29 semalam Malaysia berjaya menjadi juara. Memenangi 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa. Jumlah keseluruhan pingat yang dimenangi adalah 323.

Mohamad Ariff Rasydan dan Ameer Iman Fadzil merupan atlet kebanggaan SMKBTHO2 berjaya meraih pingat emas terakhir negara yang ke-145. Mereka menyertai acara 3000m luncur berganti-ganti. Acara luncur ais diadakan di Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS), Empire City, Damansara Perdana.

Berkat usaha gigih berlatih di luar negara akhir berjaya menuai hasil. Semangat juang yang tinggi tanpa mengenal putus asa membawa impak yang besar ke arah kecemerlangan.

Kejayaan cemerlang negara yang mendahului pingat sejak hari pertama lagi turut membakar semangat atlet untuk terus mengejar impian menjadi juara. Penyokong yang turut menyemarakkan semangat dan susana digelanggang sendiri.
Kejayaan juga hasil kerjasama berpasukan dan juga semangat cintakan negara. Bersesuaian Hari Kebangsaan yang ke-60 tahun berjaya menyemarakkan semangat patriotik negara.

Sekali lagi tahniah diucapkan pasukan luncur ais negara atas kejayaan yang gemilang ini. Buat kedua kebanggaan SMKBTHO2, teruskan usaha hingga peringkat tertinggi lagi bagi menggapai impian dan cita-cita. Syabas dan tahniah juga pada keluarga mereka berdua berjaya mendidik anak menjadi juara. Kami guru yang pernah mendidik sejak tingkatan satu hingga lima sentiasa mendoakan kecemerlangan dan kejayaan anda berdua.

No comments:

Post a Comment

Belon Kota Bharu Radiosonde D22025480 menghampiri Sg Golok

Credit 9W2PRX   Belon Kota Bharu radiosonde D22025480 telah berjaya di selamatkan berhampiran tebing Sungai Golok oleh stesen 9W2GCQ pada ma...