Ramai peserta telah berkumpul seawal pagi lagi di tapak permulaan trek. Sebelum pelepasan, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa dimulakan.
Peserta dibekal baju berwarna hijau manakala Marshall berbaju merah jambu. Baju yang terang ini memudahkan petugas mengecam peserta ketika berada di trek hutan. Peserta dilepaskan mengikut kumpulan berperingkat- peringkat. Ini penting bagi mengawal pergerakan dan keselamatan.
Kumpulan pertama membawa bendera terus ke puncak Gunung Angsi dengan penuh bersemangat. Jam 9 pagi kumpulan ini mula bergerak ke puncak. Sepanjang perjalanan terdapat tujuh checkpoint yang dikawal oleh anggota sukarelawan Nesrac. Perhubungan radio amatur dalam acara yang melibatkan jumlah peserta yang ramai memerlukan tahap keselamatan yang tinggi.
Beberapa set radio telah digunakan dalam program ini. Amat penting bagi memudahkan perhubungan radio tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Antena dan radio yang dimiliki oleh Codan yang dikendalikan oleh Abg Weerut 9W2RUT.
Setiap set digunakan untuk fungsi tertentu seperti berhubung rakan di puncak sahaja. Ada juga berhubung dengan semua rakan di checkpoint.
Senarai sukarelawan komunikasi yang terlibat sepanjang program semenjak dari semalam lagi. Sepanjang berada dikhemah komunikasi ini rakan Nesrac telah bekerja keras memastikan semua peralatan dan komunikasi berjalan lancar. Beberapa stesen yang pernah QSO seperti abg Din Mega 9W2DGA, abg Ongah 9W2ONK, Pak Maulud 9W2LUD dan ramai lagi dapat bersalaman didaratan. Tahniah kepada semua atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan
Antara set radio yang digunakan sepanjang program turut melibatkan komuniti radio di Negeri Sembilan dan Selangor.
Tidak dilupa juga stesen mobile yang lengkap dengan set radio komunikasi.
Program ini juga, menerapkan semangat patriotik dalam kalangan peserta teruramanya generasi muda. Lagu yang menaikkan semangat turut diputar sepanjang perjalanan program dipentas utama.
Kolabrasi dengan anggota beruniform yang juga sangat erat setiap masa sehinggalah tamat. Umpamanya selepas objektif tercapai semasa peserta turun ke tapak program. Beberapa peserta telah mengalami kecederaan dan maklumat segera disampaikan ke pusat komunikasi oleh rakan yang menjaga checkpoint. Seterusnya disampaikan kepada pasukan penyelamat.
Rantaian manusia berjaya dilakukan jam 3 petang. Kerjasama semua sukarelawan yang hadir sanggup berpanas untuk mencapai satu matlamat yang sama.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program.
No comments:
Post a Comment