Eyeball santai RAKL 2017

Semalam 12 Ogos telah berlangsung eyeball santai RAKL di base station Pak Razif 9W2JQQ. Sempena Ulang Tahun RAKL ke 7 penubuhannya. Jam 10 malam telah diadakan juga 2m Net yang dikendalikan sendiri oleh Pak Razif 9W2JQQ.


Oleh kerana pengulang RAKL disambuñg dengan echolink. Beberapa stesen dari luar negara seperti dari Madinah dan Yamen turut check-in.



Kelihatan di konti beberapa koleksi radio dan juga tnc APRS 9W2JQQ-3.


Radio yang dimiliki tersimpan rapi dalam almari kaca. Bukan setakat radio, malahan telefon bimbit Nokia yang amat terkenal beberapa tahun dahulu turut disimpan bagi tatapan generasi masa depan.


Beberapa stesen semakin ramai berkunjung untuk eyeball bersama rakan RAKL. Pasti konti berlangsungnya 2m Net menjadi tumpuan walaupun WX hujan renyai pada malam itu.


Selepas jam 12 tengah malam tamatlah 2m Net.


Hidangan istimewa pada malam itu adalah ubi rebus yang enak dimakan waktu hujan. Waktu ini rakan bersembang dan bertukar fikiran dan pengalaman mengenai minat yang sama. Dapat juga bersalaman dengan rakan dari seberang iaitu YB0EYE dari Jakarta.






No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...