MYANET


 Hari ini teringat nak join Net #THURSDAY di server  ANSRVR. Aktifkan stesen 9W2DYA-5 aprsdroid terlebih dahulu sebelum menghantar mesej. Berjaya menjadi stesen ke- 68 checkin pada 1 Ramadan ini.


Kemudian terima mesej dari stesen 9W2KEY-12. Abg Key 9W2KEY menjemput menguji Bot baru serta cara nak join dengan menaip CQ Masuk dengan hantar mesej ke MYANET.


Mula tulis Check. Kemudian dapat balasan perlu tulis CQ Masuk untuk menyertai MYANET. Setelah hantar CQ Masuk barulah penyertaan berjaya.

Manakala untuk keluar pula tulis KELUAR barulah mesej keluar daripada MYANET.

Dengan ini menjadi tiga server Bot boleh kita join Net. Pertama yang antarabangsa adalah server ANSRVR dan dua lokal adalah APRSMY dan MYANET.

Selepas ini pasti muncul bot-bot yang lain pula

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

1 comment:

  1. Check out 9M2PJU-4 APRS Bot https://hamradio.my/9m2pju-aprs-bot/

    ReplyDelete

Uji pancar Yaesu FT-818 @ Putrajaya

  Pagi tadi telah dipukat oleh Ayub 9W2VDN semasa memandu pulang di Putrajaya. Baru selasai memasukkan duit atas bayaran Igate 9W2DYA-2 di B...