2 Kreatif dan 1 Nurani telah dinobatkan Juara Bola Sepak 1 Murid 1 Sukan SMKBTHO2 2012


Hari ini telah berlangsungnya pusingan akhir bagi Pertandingan Bola Sepak 1 Murid  1 Sukan 2012. Seawal jam 7.30 pagi telah diadakan perlawanan menentukan juara Rabu tingkatan 1 iaitu 1 Dedikai bertemu 1 Progresif dimenangi oleh 1 Dedekasi 1-0. kemudian perlawanan penentuan juara Khamis tingkatan 2 iaitu antara 2 Progresif dengan 2 Dinamik telah dimenangi oleh 2 Progresif dengan jaringan 3-1.


Alhamdulillah cuaca sepanjang pertandingan kali ini sangat baik membolehkan para pemain memberi aksi yang terbaik walaupun keadaan padang tidak rata. Kemudian perlawanan seterusnya adalah perlawanan 1 Efektif bertemu 1 Produktif memberi kemenangan kepada 1 Efektif dengan jaringan 2-0.


Perlawanan separuh akhir pertama tingkatan 2 adalah antara 2 Proaktif bertemu 2 Kreatif yang kesudahan berpihak kepada 2 Kreatif 2-0. Bagi perlawanan separuh akhir pertama tingkatan 1 pula, perlawanan antara 1 Kualiti berlawan 1 Dedikasi seri 1-1. Penentuan tendangan penalti berpihak kepada 1 Dedikasi 2-0.


Manakala, perlawanan separuh akhir kedua tingkatan 2 adalah antara 2 Efektif dengan 2 Progresif seri 0-0. Penentuan tendangan penalti telah membawa 2 Efektif ke final dengan jaringan 3-1. Bagi separuh akhir kedua tingkatan 1 pula, 1 Nurani bertemu 1 Efektif berpihak kepada 1 Nurani 1-0.


Seterusnya, penentuan tempat ketiga bagi tingkatan 2 adalah antara 2 Proaktif bertemu 2 Progresif yang berpihak kepada 2 Proaktif
1-0. Bagi tingkatan 1 pula, antara 1 Kualiti bertemu 1 Efektif telah membawa kemenangan kepada 1 Kualiti dengan gol 2-1.

Penentuan juara adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pemain dan penyokong pasukan. Peringkat akhir tingkatan 2 antara 2 Kreatif bertemu 2 Efektif telah membawa kejayaan yang gemilang kepada 2 Kreatif dengan jaringan terbesar 4-0. Manakala peringkat akhir tingkatan 1 antara 1 Dedikasi bertemu 1 Nurani adalah kedua-dua pasukan sama kuat seri tanpa jaringan. Penentuan tendangan penalti berpihak kepada 1 Nurani menjadi juara dengan tendangan 2-1.


Akhir kata, kejohanan ini telah berjaya mencungkil  ramai bakat baru untuk diketengahkan pada tahun hadapan. Ramai pemain berpotensi untuk digilapkan menjadi pemain bola sepak di masa hadapan. Kewujudan kejohanan ini telah memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang berfaedah.

Mereka telah memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai kejayaan dengan membuat latihan sendiri serta kerap mengadakan perlawanan persahabatan sesama sendiri. Murid juga sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi menempah jersi untuk menunjukkan semangat kerjasama dan sanggup berkorban demi mengharumkan nama kelas masing-masing. Semangat ini harus diteruskan bagi membentuk keperibadian murid dengan nilai-nilai murni melalui sukan.

Kejohanan tahunan ini akan terus diadakan pada tahun hadapan kerana sememangnya ditunggu-tunggu terutama bagi pasukan yang tewas. Sekian terima kasih, majulah sukan untuk negara.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...