Rakan Radio Amatur ptt


Hari ini aku dapat QSO bersama rakan di channel Rakan Radio Amatur ptt Zello. Baru semalam aku lihat tiadapun channel ini, tetapi pada hari ini terdapat satu channel berkaitan dengan radio amatur.

Apabila monitor tiada kedengaran audio rakan-rakan. Jadi aku tidak tahu bagaimana bentuk dan gaya mereka berkomunikasi. Pada fikiran aku tidak salah aku menggunakan SOP radio amatur kepada mereka yang boleh QSO dengan baik. Memandangkan ini channel tertulis Rakan Radio Amatur ptt.

Tetapi sebenarnya ada sebilangan users tidak senang dengan SOP radio amatur. Mungkin kerana mereka tidak memahami tatacara berkomunikasi dalam radio amatur. Itu semua tidak menjadi masalah kerana kita dapat belajar melalui monitor.

Terdapat juga users ingin belajar bagaimana QSO dijalankan. Inilah peluang rakan SWL belajar dengan wujudnya channel ini.

Rakan Radio Amatur ptt created by Toki dan subscribers 263. Terdapat info "Salam 73 rakan radio amatur.. Malaysia ke Ch ptt zello 9W2WWM Pokda.

Tak QSL siapa yang telah mewujudkan channel ini merupakan satu cara untuk mempromosikan hobi. Jika rakan gian nak tekan ptt radio, dengan zello kini kita boleh QSO juga dengan syarat mempunyai internet.

Aku berkesempatan QSO bersama SWL Jamal di Kuantan. Beliau telah lulus RAE dan sedang memohon callsign. Menurut beliau 12 orang daripada 14 orang calon RAE telah lulus selepas mengikut kelas RAE atas bimbingan 9M2KDA. Tahniah kepada semua, sebenarnya 2 orang itu tidak hadir menduduki RAE.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...