UPM MTB FETE 2012


2 orang Marshall bersama dirtbike menunjuk laluan kepada pendahulu.


Pemandangan indah sekitar kawasan MARDI Serdang


Selekoh pertama yang agak licin


Menuju puncak kelihata ramai rider diatas bukit dihujung


Menanti cabaran seterusnya yang sangat mencabar


trafic jam


Hari ini aku berkesempatan untuk melihat aksi-aksi riders di UPM MTB FETE 2012 yang mendapat sambutan terhebat dewasa ini. Apa taknya lebih 1500 orang yang mendaftar bagi menyertainya.

Aku hanya sempat melihat dari jauh sahaja, memandangkan basikal aku masih terperuk dalam stor lagi. Mungkin jamboree lain bolehlah aku berkayuh pula.

Gambar diatas aku rakam di MARDI merupakan permulaan off-road dikawasan kebun sayur. Seterusnya dari sini aku dapat lihat rider  terus mendaki bukit yang licin memandangkan malam sebelum event hujan telah turun. Aku juga melihat semakin ramai rider tiba menyebabkan kesesakan berlaku kerana kebanyakan dari mereka hanya menolak basikal sahaja.

Apabila peserta semakin kurang akupun terus keluar dari trek untuk ke check point yang lain pula. Seterusnya aku ke tempat letak kereta MAEPS pintu 2 merupakan laluan keluar dari trek hutan.

Kedengaran deruan enjin dirtbike yang ditunggang oleh 2 orang marshall di dalam hutan itu menandakan pendahulu akan muncul dari celah-celah hutan itu. Dua rider yang sememangnya mendahulu dari awal tadi kelihatan semula mengekalkan momentumnya. 2 rider pendahulu ini aku lihat terus memecut basikalnya tanpa rasa lesu dimuka. Beberapa minit kemudian kelihatan 2 rider lagi mengejar untuk mendapat tempat dikejuaraan ini.

Selepas puas mengambil gambar aksi-aksi rider di sini akupun memandu pulang melalui pintu 2 dan SKVE. Ketika memandu kelihatan rider-rider menolak basikal ditepi highway ini. Rupanya trek ditepi longkang menjadi salah satu cabaran untuk peserta.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


2 comments:

  1. gambar lain nanti tgh upload gambar dalam hutan takdelah ambik gambar tepi jalan je

    ReplyDelete

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...