Komunikasi secara langsung bersama Komander ISS, Kapten Sunita Williams

Kuala Lumpur, 7 Oktober -- Seramai 16 orang pelajar bertuah kerana berpeluang berkomunikasi dengan Komander Wanita Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Kapten Sunita L. William sebentar tadi. Program anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ini merupakan sebuah aktiviti kesinambungan daripada Program National Space Challenge dan juga sebahagian daripada aktiviti Sambutan Minggu Angkasa Sedunia yang sedang berlangsung dari 4 hingga 10 Oktober 2012.


Williams, 47, telah diiktirafkan sebagai wanita pertama yang paling lama tinggal di ISS iaitu selama 195 hari. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai wanita pertama yang pernah melakukan empat kali spacewalk dengan jumlah jam selama 29 jam dan 17 minit.

Beliau telah berlepas ke ISS pada 14 Julai 2012 daripada Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan bersama-sama Komander Soyuz Rusia, Yuri Malenchenko dan Jurutera Penerbangan, Akihiko Hoshide daripada Japan Aerospace Exploration Agency sehingga bulan November 2012 nanti.

Sebelum menyertai NASA, Williams merupakan seorang juruterbang dan kemudiannya menjadi juruterbang percubaan pesawat dan telah melakukan 3,000 jam penerbangan dengan lebih 30 jenis pesawat.

William juga telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan tinggi negaranya. Antaranya adalah anugerah Pingat Kepujian Tentera Laut sebanyak dua kali, Pingat Pencapaian Tentera Laut dan Kor Marin, Pingat Perkhidmatan Kemanusiaan, Pingat "For Merit in Space Exploration" (Russia 2011) bagi untuk sumbangan cemerlang kepada pembangunan kerjasama antarabangsa dalam penerbangan angkasa yang dikendalikan dan Anugerah tertinggi India Padam Bhushan pada tahun 2007.

Sepanjang berada di ISS, Williams dan krewnya dijangka akan melakukan 30 misi saintifik.
16 orang pelajar sekolah ini telah dipilih daripada SK Tun Dr Ismail (1) dan SMK Tun Sr Ismail Kuala Lumpur. Program sebentar tadi juga turut dimeriahkan dengan kehadirian Timbalan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, YBhg Dr Nordin Ahmad dan Pengarah Planetarium Negara, YBrs Puan Azreena Ahmad.

http://www.youtube.com/watch?v=nxh20gohgqg

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...