Lelaki sesat di Gunung Nuang ditemui

KUALA LUMPUR — Seorang pendaki, Faiz Wan Zahidi, yang sesat dan dipercayai hilang sejak Isnin lepas di Gunung Nuang, Hulu Langat ditemui oleh pasukan penyelamat pada 5.50 petang semalam.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, Faiz, 32, ditemui di atas gunung, tiga jam perjalanan dari kaki gunung oleh anggota bomba, dalam keadaan selamat dan stabil.

Beliau berkata, Faiz yang sesat ditemui dalam keadaan keletihan dan dua hari tidak makan.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Ampang untuk rawatan susulan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Sani berkata, pendaki dari Bangi itu mendaki secara individu dan telah dihantar oleh rakannya ke sana pada Isnin lepas.

"Kehilangan mangsa hanya disedari oleh rakannya apabila seharian tidak pulang. Rakan mangsa cuba menghubunginya tetapi tidak dapat,” katanya.

Operasi menyelamat dimulakan pada 1 petang semalam sejurus menerima laporan dari pihak polis.
Turut membantu operasi mencari dan menyelamat ialah polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), keanggotaan keseluruhan melibatkan seramai 27 orang. — BERNAMA


Operasi Mencari dan Menyelamat Mangsa Hilang Di Gunung Nuang


24 Oktober 2012 - Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Selangor, PgKB I Mohd Sani Harul berbangga dengan Pasukan Penyelamat yang bekerja keras menjalankan operasi mencari dan menyelamat ini. Menurut Komander Operasi, PBK II Seman Awang BBP Kajang, mangsa dikatakan hilang pada 22 Oktober 2012 di Gunung Nuang, Ulu Langat (Sumber PDRM). Walaubagaimana pun, mangsa berjaya dijumpai kira-kira pada jam 5.50 petang dalam keadaan lemah. Mangsa yang berumur 32 tahun itu berjaya dibawa turun pada jam 8.30 malam. Operasi SAR ini melibatkan pelbagai agensi antaranya PDRM, JPAM, Ambulans dan Pasukan Bomba.

http://www.bombasel.gov.my/node/855

Rupanya berita tentang kehilangan orang sesat di Gunung Nuang adalah benar. Tidak silap aku ada monitor di jalur komersial yang mengatakan terdapat laporan tentang seseorang ingin meminta bantuan di Gunung Nuang.
Ternyata si pelapor ingin meminta bantuan adalah benar kerana laporan dari pihak berkuasa dan media telah mengesahkan kejadian itu.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

DFM09 17030735 telah ditemui di Jerantut

Credit 9W2PRX Maklumat dari group bahawa Abg Man 9W2PRX telah memaklumkan radiosonde DFM09 17030735 telah ditemui oleh orang awam di Jerantu...