Portable Jalan Tiga Bandar Baru Bangi


Sempena Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berlangsung minggu ini dan minggu hadapan aku akan berportable di Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.

Sebagai pengawas, aku akan menjalankan tugasan di sebuah sekolah di sini. Bermula semalam hingga minggu hadapan tugasan ini akan dijalankan secara penuh tanggungjawab.

Ketika di sini aku telah terlihat 2 jelopi yang bercallsign iaitu 9W2NMT dan 9W2BIA. Aku hanya perasan jelopi 9W2NMT mungkin dibawa oleh XYL beliau yang bertugas sebagai guru. Tetapi jelopi 9W2BIA masih belum lagi kelihatan tuan punya.

Jika hendak ke sini dari Tol Bangi anda akan lihat antena Yagi di simpang masuk ke sekolah ini. Tower yang didirikan dibelakang rumah sudah pasti rakan ham yang memilikinya. Aku tak berkesempatan nak meninjau siapakah gerangan yang empunya base stesen itu?

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

Memerang ada di Oasis Park

  Semalam cuti peristiwa bagi penulis dan Damia. Tarikh 10 Ogos 2026 berkesempatan untuk beriadah di Oasis Park Bandar Puteri Bangi. Ada pen...