Ujian Kod Morse kedua 2012


Hari ini telah berlangsungnya Ujian Kod Morse kedua bagi tahun 2012. Aku berkesempatan bertandang di SKMM Cyberjaya untuk memberi sokongan kepada calon-calon yang akan berjuang hingga titis terakhir.

Ketika tiba di SKMM kelihatan tempat letak kereta penuh memaksa aku meletak jelopi dibelakang bangunan. Ketika meletak jelopi terdapat sebuah jelopi turut sampai iaitu 9M2BAL dan calon CW 9W2JJF dari Johor tetapi bermalam disini terlebih dahulu. Akupun mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan mereka berdua.

Seharusnya aku mengucapkan tahniah kepada 9W2JJF Ustaz Ilyas yang sememngnya telah lulus selepas keputusan dikeluarkan. Cerita tentang kesungguhan beliau telah dicoretkan dalam blog 9M2ZAK.
http://9m2zak.blogspot.com/2012/10/belakang-parang-jika-diasah-pasti-akan.html

Berikut adalah senarai calon yang lulus dan gagal yang dipetik dalam blog 9M2BAL http://9m2bal.blogspot.com/2012/10/keputusan-sesi-receive-morse-code-test.html

Lulus:


9W2NBQ - Abd. Aziz bin Abd. Malek

9W2DEL - Ahmad Fadhil B. Izharuddin

9W2TZA - Ahmad Rizal Bin Jusoh

9W2DYJ - Amran B Hj Sarip

9W2JJI - Azizi Bin Rahman @ Abd Rahman

9W2RZI - Md. Razi B Mohd Zin

9W2FWA - Mohamad Azla Bin Kamaruddin

9W2JJF - Mohamad Ilyas Bin Ismail

9W2DSH - Mohd Shahiran Bin Mohd Yusoff

9W2RDQ - Muhamad Subian Bin Sukaimy

9W2SGN - Shahrul Azril Bin Sulaiman

9W2GNS - Shahrul Nizam Bin Hashim

9W2WND - Wahid Bin Mohamed

9W2VDO - Wan Abd Rahim Bin Wan Ibrahim


Gagal:

9W2AKL - Ab LLah Bin Hamat

9W2LLH - Ahmad Safri Bin Abdul Aziz

9W2XCL - Ahmad Shafi Boniface Bin Abdullah

9W2BGG - Azwan Bin Ariffin

9W6CEM - Edmond Mosiun

9W2JSY - Jemain Bin Othman

9W2FNN - Khairul Affandie Bin Che Hassan

9W2OHM - Khaleelullah Quraishi

9W2MLW - Mohamad Zahlan Bin Abu Hassan

9W2MBT - Mohamed Bin Ali

9W2MFP - Mohd Faisal Bin Sahbudin

9W2OYY - Mohd Mujahideen Bin Noordin

9W2RIC - Mohd Sabri Bin Ali

9W2YND - Mohd Sahidan Bin Abdullah

9W2BTQ - Muhammad Naim Bin Abdullah

9W2JNX - Noor Hisham Bin Yusop

9W2GSG - Nornazmi Bin Julaini

9W2TS - Saad Bin Mat

9W2ZBS - Zakaria Bin Seman

9W2ZRZ - Zanzuri Bin Ab Rahman

Tidak Hadir:

9W2PIE - Ahmad Supiee Bin Yadi

9W2ATR - Amarul Bin Talip

9W2BBS - Fahroradzi Bin Ibrahim

9W2BDM - Nor Azmi Bin Mohamed Nor

9W2TGR - Radzi Bin Nawi

9W2RCJ - Richard A/L Clarence Joseph

9W2CZC - Zainal Abidin Bin Ali

Lulus : 34%

Gagal : 49%

Tidak Hadir: 17%  

Kemudian aku berselisih dengan rakan ADARC47 yang lama tak berjumpa  iaitu 9M2AIR, 9M2AIS dan 9M2BMX serta 9W2MHJ serta calon cw 9W2YND. Apapun kepada shark jangan kecewa kegagalan kali ini, mungkin lain kali boleh cuba lagi. Berikut gambar-gambar dari laman blog http://adarc47.blogspot.com/


Suasana ruang legar SKMM sebelum ujian


Eyeball sempena Ujian CW


9W2YND Mohd Sahidan Bin Abdullah


Ini aku hehe 9W2DYA terima kasih Hatta 9W2MHJ ambil gambar ini hehe


9M2BMX Azman


9M2AIR Halim dan 9M2AIS Faiz

Kemudian kami semua masuk ke dalam ruang legar bersalaman ramai rakan yang datang memberi sokongan kepada calon-calon. Ramai nama besar hadir memberi sokongan pada kali  ini, memeriahkan suasana ujian untuk kali kedua bagi tahun 2012.

Aku juga dapat bersalaman dengan 9M2AUR Aimil dan rakannya dari Melaka. Dia bertanya pada aku bila nak ambil cw? hehe kena belajar dulu baru boleh ambil ujian.




Tepat jam 10.00 pagi ujian telah bermula di bilik seminar. Gelagat rakan-rakan di luar bilik dapat dilihat untuk mengetahui apakah soalan yang dikemukakan pada tahun ini.






Ohh begitu rupanya ujian ini dijalankan sekarang baru aku faham bagaimana suasana ujian ini berlangsung. Rakan memberi tip bagaimana kita hendak menghadapi ujian sebegini. Secara tidak langsung aku juga dapat mempelajari sesuatu walaupun buat masa ini sememangnya aku tidak faham Kod Morse itu.




Selepas setengah jam calon-calon keluar dengan pelbagai reaksi. Ada yang berpuas hati dengan pencapaian peribadi dan ada sebaliknya. Ini adalah perkara biasa pada suasana ujian. Menurut blog 9M2BAL Iqbal seorang calon telah digagalkan kerana menggunakan smartphone untuk decode. Mungkin selepas ini semua calon tidak dibenarkan membawa sebarang gajet terutamanya smartphone yang mempunyai CW reader.

Berikut adalah gambar dari blog 9M2BAL: http://9m2bal.blogspot.com




Sebelah Pak Yop itu adalah ustaz Ilyas 9W2JJF


Tahniah kepada yang berjaya dan yang gagal boleh cuba dan cuba lagi   73, Jojet, 9W2DYA   http://9w2dya.blogspot.com    

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...