Aktiviti APRS awal bulan Mei


Aktiviti APRS pada hari ini adalah aku bertugas menjemput semula atlet daripada latihan pusat fasa 1 di Chalet Kuala Selangor. Selepas menghantar XYL di saltmine aku terus ke sana dan telah memaklumkan akan tiba lewat di sana kepada atlet itu.

Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Jurulatih Olahraga Negeri Selangor iaitu En. Mohd Sharil B. AB Rahman dari SMK Seksyen 11 kerana kesudiannya menunggu aku tiba menjemput atlet tersebut. Ini kerana akulah yang paling lewat sekali tiba dan beliau telah menunggu dengan penuh kesabaran.

Bermula dari Cheras aku memandu mengikut lebuhraya hubungan timur -barat. Stesen pertama yang dapat mendengar beacon aku ialah 9W2NHE-3 QTH Taman Desa, 13:04:55. Kemudian terus perjalanan melalui Istana Negara Lama dan stesen 9M2RPN QTH Planetarium Negara menangkap beacon pada 13:03:25 mendahului 9W2NHE-3. Kemudian 9W2LL-5 berjaya mengesan jam 13:08:37 QTH Bandar Teknologi, Kajang.

Seterusnya perjalanan ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui Jalan Duta. Stesen mountain top 9M4RDG-3 pada 13:12:08 QTH Genting Highlands dan stesen berikutnya ialah 9W2RUT-2 QTH Taman Ehsan, Kepong pada 13:12:42

Aku keluar melalui Rawang Selatan terus masuk ke lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR) selepas itu, 9W2SMF-3 berjaya mengesan beacon aku jam 13:34:44 QTH Tasik Puteri.

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...