Eyeball bersama 9W2VVH Cikgu Hussairy


Kesempatan bersalaman didaratan bersama 9W2VVH Cikgu Hussairy di restoran Ayza sebelah Metro Point semalam adalah rentetan eyeball V66 pada malam sebelumnya. Ini kerana eyeball pada malam itu aku tiada kesempatan dan kelapangan untuk mengikuti bersama rakan-rakan yang lain. Berdasarkan gambar V66 ham community seramai 16 orang rakan telah hadir pada malam itu di restoran ayza sebelah menara MPKj.

9W2VVH Cikgu Hussairy

 
9W2DYA


credit Mak Temah


 
 

Sebelum bersalaman didaratan aku bersalaman di udara dahulu menggunakan handy difrekuansi 147.495Mhz. QSO antara kami apabila beliau telah bersedia bertolak ke tempat kejadian. Jarak yang dekat membolehkan penerimaan audio aku baik walaupun menggunakan handy sahaja.
 
Pelbagai cerita dan pengalaman dikongsikan terutama tentang radio amatur terutama tentang HF yang kini propagasi sangat membuka bagi band 10m. Perkongsian ilmu dan pengetahuan dapat menambahkan lagi pengetahuan aku tentang radio ini.
 
Terima kasih kepada Cikgu Hussairy atas kesudian untuk eyeball sebelum pulang ke Sungai Besar semalam. Ada kelapangan bolehlah kita bersalaman diudara mahupun didaratan. Jumpa dan jumpa lagi
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...