KE7B Everest FELDA 2013



Menurut Qobin Mokhtar dalam fb tujuh  pendaki negara telah memulakan pendakian ke puncak jam 815pm (1030pm waktu malaysia) sebentar tadi dengan suhu di bawah -16 hingga -20 selsius dan dijangka tiba di puncak antara jam 5 pagi hingga 8 pagi waktu nepal.

Sama-samalah kita berdoa agar anggota xpdc ini selamat menawan puncak dunia dan selamat pulang ke tanahair tercinta. Usaha mengharumkan nama negara ini bukanlah perkara mudah jika tidak disertakan keazaman yang tinggi untuk berjaya.

Sokongan padu semua pihak memberi inspirasi anggota xpdc untuk meneruskan impian yang bukan semua orang dapat menggenggamnya.

Maklumat terkini tentang xpdc ini melalui
https://www.facebook.com/#!/pages/KE7B-Everest-FELDA-2013/424621554296408?fref=ts



No comments:

Post a Comment

Bukit Lada 98m Sepang

  Bukit Lada 98 mdpl terletak bersebelahan dengan KLIA. Pagi tadi sempat menjejaki bukit setinggi 323 kaki ini. Rentetan hantaran sahabat FB...