Jawatankuasa Pemantauan Cuaca Angkasa telah diwujudkan secara bersama antara Agensi ANGKASA Negara dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) untuk memantau dan menangani fenomena matahari maksimum kitaran ke-24 yang dijangka berlaku pada 2013 - 2014.
Matlamat utama penubuhan awal Makmal Cuaca Angkasa Negara ialah untuk mengoperasi dan menyediakan perkhidmatan cuaca angkasa melalui pembekalan data yang berintegriti dan near real time kepada pihak-pihak yang berkepentingan, serta mengeluarkan amaran awal (early warning systems)
Peranan Makmal Cuaca Angkasa Negara ini antaranya adalah seperti berikut:
- Membangun, dan mengoperasikankan program cuaca angkasa negara;
- Menilai impak cuaca angkasa kepada negara;
- Memberikan perkhidmatan cuaca angkasa kepada pengguna (kerajaan, industri dan awam)
- Menyelidik dan mencadangkan keutamaan (priorities) program R&D, pengoperasian dan penyampaian cuaca angkasa negara
- Mengkoordinasi dan menentukan peranan setiap agensi yang terlibat dengan program cuaca angkasa negara dan pengoperasian Makmal Cuaca Angkasa Negara
- Menjadi fasilitator untuk transisi hasil program R&D dan analisis data kepada operasi dan penyampaian
No comments:
Post a Comment