Stesen K4UAH-6 meninggalkan China


Setelah 3 hari terperangkap di negara China. Stesen K4UAH-6 berjaya meloloskan diri keluar ke tanah besar menuju lautan luas. Penerbangan ke arah timur bagi melengkapkan misi mengelilingi dunia.



Jam 12:08 kelajuan 81 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur di laut Jepun. Altitud ketinggian 12840m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt tengah hari ini. Locator PN62KM

Terdapat stesen yang aktif di Vladivostok, Rusia. Stesen tersebut adalah UA0LMC, UA0LGY dan RZ0LWA. Waktu tempatan di Vladivostok awal dua jam dari Malaysia. Ketika ini jam 14:50 waktu tempatan. Berdekatan dengan Nakhodka terus menuju ke Hokkaido, Jepun, 

Jam 16:18 kelajuan 48 km/h dengan bearing 55 darjah. Altitud ketinggian 12840m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar di hujung petang ini 3.30 volt. Locator PN73XD. Berada diantara Rusia dan Jepun. Pulau Hokkaido banyak stesen aprs yang aktif. Waktu tempatan di Jepun awal sejam dari Malaysia.



 

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...