Stesen K4UAH-6 berada di Zaliv Kresta, Rusia




 Misi menamat pusingan seterusnya dalam mengelilingi glob masinh belum tercapai. Kelihatan pagi ini, stesen K4UAH-6 telah berpusing ke Zaliv Kresta, Rusia berjiranan dengan Alaska.

Jam 8:28 kelajuan 44 km/h dengan bearing 270 ke timur mengahala ke Egvekinot. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar yang cerap tengah hari waktu tempatan  awal 4 jam dari Malaysia adalah 4.40 volt. Locator AP06PH.

Jam 8:38 kelajuan perlahan sedikit kepada 35 km/h dengan bearing 218 darjah ke barat daya. Altitud ketinggian kekal 12660m dengan suhu meningkat kepada 10 darjah celsius. Tenaga solar turun kepada 4.30 volt. Locator AP06OG.

Zaliv Kresta merupakan teluk yang agak besar. Beberapa teluk kecil bernama seperti Bukhta Kengynin, Bukhta Etelkuyun dsn Bukhta Erulya. Di hujung teluk menyambung dengan Laut Bering ini terdapat sebuah tasik Ozero Armagytgyn. Para pembaca yang mengikut penjelajahan ini pasti boleh agak. Bukhta adalah teluk dan Ozero adalah tasik tanpa merujuk maksud bahasa rusia dalam kamus.

Pada 14 Jun yang lalu, stesen ini ada merentasi tasik Ozero Oneko. Jadi maksud ozero itu sudah pastilah sebuah tasik. 

Jam 8:48 kelajuan kekal 35 km/h dengan bearing 218 darjah. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu  turun kembali 5 darjah celsius. Tenaga solar kembali kepada 4.40 volt. Locator AP06NF.

Jam 8:58 kembali menghampiri teluk dengan kelajuan kekal 35 km/j dengan bearing sama 218 darjah, Altitud ketinggian sama 12660m dengan suhu naik semula 10 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.40 volt. Locator AP06ME.


Sebuah stesen WX  UHMA di selatan laluan K4UAH-6 berada di Anadyr. Merujuk data suhu sekitar adalah 10 darjah celcius. Kelembapan 61% dan tekanan udara  1009 mbar. Arah angin bearing 160 darjah dengan kelajuan 5.8 m/s. Kawasan tandus dan sejuk yang jarang penduduk. Stesen WX adalah stesen kaji cuaca atau istilah terkini penggunaan stesen meteorologi.

Jam 9:28 telah berada di atas Zaliv Kresta dengan kelajuan 39 km/h serta bearing 238 kekal ke barat daya. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt pada awal petang ini waktu tempatan. Locator AP06HC.

Jam 9:38 kelajun turun kepada 35 km/h dengan bearing 219 darjah. Altitud ketinggian kekal 12660m dengan suhu meningkat  kepada 15 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.40 volt. Locator AP06GB.

Jam 9:58 hampir keluar dari kawasan teluk dengan kelajuan kekal 35 km/h serta bearing 247 darjah. Altitud ketinggian yang sama 12660m dengan suhu kekal 15 darjah celsius. Tenaga solar turut kekal 4.40 volt. Locator AP06DA.

Jam 10:08 telah masuk ke dataran dengan kelajuan meningkat 52 km/h dengan bearing 238 darjah. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu kekal 15 darjah celsius. Tenaga solar turun 4.30 volt. Locator AP05BX.

Jam 13:28 kelajuan 44 km/h dengan bearing 231 darjah. Altitud 12720m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 3.80 volt semakin berkurangan menunjukkan ke arah jam terakhir untuk diaktifkan. Locator RP85UH.



Stesen K4UAH-6 sedang menghala ke arah stesen WX UHMA pada petang ini.




No comments:

Post a Comment

Marine Radio VHF

  Frekuensi Marin VHF Saluran 70 untuk kecemasan 156.525MHz Radio telefon Saluran 6   156.300MHz Saluran 13 156.650MHz Saluran 16 156.800MHz