Stesen YB6DE-AIS diaktifkan

 


Pada malam ini kelihatan dilayar skrin aprs.fi stesen YB6DE-AIS telah diaktifkan. Beberapa ikon kapal dan bot kelihatan di Selat Melaka. Salah satu bot tersebut adalah Yenesei River. Sempena nama sungai yang dilalui oleh belon K4UAH-6.

Kapal Yenesei River berlayar selaju 31 km/h dengan bearing 314 darjah ke utara Selat Melaka. Panjangnya 288m dan lebar 44m. Kapal ini menggunakan callsign V7AU8. QTH juga tidak jauh daripada stesen 9W2VDY-1 di Sungai Besar.

Jam 23:26 terdapat sebuah kapal berhampiran dengannya. Kapal Ever Diadem berkelajuan 22 km/h dengan bearing 131 darjah. Panjangnya 293m serta lebarnya 32m. Callsignnya adalah 9V7955. Ever Diadem merupakan kapal kargo yang membawa hazard atau pollutant kategori D. Nampaknya membawa barang yang sangat berisiko tinggi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di Selat Melaka. Kesannya boleh berlaku pencemaran yang sangat memudaratkan hiduapan sekeliling.


Stesen YB6DE-AIS terletak di Langsa, Indonesia. Sungguh meriah kelihatan pelbagai bot dan kapal di Selat Melaka.

No comments:

Post a Comment

Marine Radio VHF

  Frekuensi Marin VHF Saluran 70 untuk kecemasan 156.525MHz Radio telefon Saluran 6   156.300MHz Saluran 13 156.650MHz Saluran 16 156.800MHz