Stesen K4UAH-6 berada di Sweden

 


Stesen K4UAH-6 telah berada di Sweden pada petang ini. Nampaknya radas K4UAH-6 masih berfungsi dengan baik. Penerbangan diteruskan hingga ke utara Sweden,

Bermula dengan altitud 13000m dengan kelajuan 69 km/h. Bearing 37 darjah serta suhu sekitar adalah 15 darjah celsius. Solar awal pagi  ini sebanyak 4.10 volt. Locator JP87XR. Waktu di Kurina, Sweden adalah 8:28 pagi.

Stesen berhampiran adalah SK2RGJ dan SM2YUW.

Jam 14:48 kelajuan 50km/h dengan bearing 56 darjah. Altitud menurun kepada 12960m berserta suhu 10 darjah celsius. Kuasa solar tetap kekal kepada 4.10 volt. Locator JP97CU.

Merujuk kepada Windy,com. Angin bertiup ke arah timur laut. Ia selari dengan pergerakan terkini K4UAH-6. Jadi, ia akan terus terbang ke arah utara Sweden atau masuk kembali ke Norway utara.

Jam 14:58 kelajuan meningkat sedikit kepada 69km/h dengan bearing 36 darjah. Altitud menurun lagi kepada 12900m berserta suhu menurun kepada 5 darjah celsius. Kuasa solar kekal 4.10 volt. Locator JP97EW.

Kelihatan di sebelah negara Norway terdapat banyak stesen aprs yang aktif berbanding Sweden. Antaranya adalah LD8NO, LA8SRR, LA3NSB, LA5YKA, LA1DPA-9, LA6TOA, LD9BA, LD9SJ, LA8JRA-11, 

Jam 15:08 kelajuan menurun kepada 50 km/h dengan bearing 56 darjah. Altitud kekal 12900m serta suhu meningkat 15 darjah celsius. Kuasa solar meningkat kepada 4.20 volt. Locator JP97GX.



Jam 15:28 kelajuan meningkat kepada 57 km/h dengan bearing 44 darjah. Altitud masih kekal 12900m dengan suhu meningkat kepada 20 darjah celsius. Kuasa solar turut meningkat kepada 4.40 volt seiring dengan limpahan cahaya pagi jam 9:28 waktu tempatan.

Jam 15:38 kelajuan semakin perlahan kepada 33 km/h dengan bearing 36 darjah. Altitud kekal kepada 12900m dengan suhu sekitar turun 15 darjah celsius. Kuasa solar meningkat kepada 4.50 volt. Locator JP98LD.

Jam 15:58 kelajuan kekal 33 km/h dengan bearing turut kekal 36 darjah. Altitud meningkat kepada 13000m dengan suhu kekal 15 darjah celsius. Kuasa solar turun 4.40 volt. Locator JP98OG. Penerbangan menghampiri sempadan Norge dan Sverige di Tasik Tornetrask.


Jam 16:28 kelajuan 57 km/h berjaya memasuki semula Norway. Bearing 44 darjah kekal ikut arah angin. Altitud telah turun kepada 12840m dengan suhu masih kekal 15 darjah celsius. Kuasa solar tetap kekal 4.40 volt. Locator JP98UK.


Jam 16:38 telah berada di negara Norway dengan kelajuan 48 km/h. Bearing 55 darjah serta altitud 12900m. Suhu sekitar adalah 15 darjah celsius dan tenaga solar meningkat kepada 4.50 volt. Locator JP98WL. 

Jam 16:48 menghampiri sempadan Sweden dan Norway lagi. Kelajuan masih sama 48 km/h dengan bearing 55 darjah. Altitud turun kepada 12840m dengan suhu kekal 15 darjah celsius. Tenaga solar turun 4.40 volt. Locator KP08AM.


Jam 16:58 K4UAH-6 berjaya memasuki semula Sweden. Kelajuan 59 km/h dengan bearing 89 darjah ke arah timur. Suhu telah turun ke 10 darjah celsius dan tenaga solar yang dijana adalah 4.40 volt. Locator KP08DM.

Jam 22:18 K4UAH-6 telah kembali memasuki Norway. Kelajuan 19km/h sangat perlahan dengan bearing 89 darjah ke timur. Suhu yang dicatat adalah 5 darjah celsius. Tenaga solar yang diserap sebelah petang ini waktu tempatan adalah 4.30 volt. Locator KP29KE. Waktu di Karasjok, Norway adalah 16:18 petang.

Masih terdapat stesen aprs yang aktif berhampiran K4UAH-6. Stesen yang aktif adalah LD9KA, LA2IKA-9, LA5HL merupakan AIS receiver terdapat pelabuhan di situ.

Jam 22:28 kelajuan meningkat kepada 57 km/h dengan bearing berubah 19 darjah ikut tiupan angin. Altitud 12840M dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.10 volt. Locator KP29LG. Sebelah timurnya semakin menghampiri sempadan Finland.

Jam 22:38 kelajuan kembali perlahan kepada 28 km/h menghala tegak ke utara. Altitud  meningkat kepad 12900m dengan suhu meningkat kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar meningkat semula kepada 4.20 volt. Locator KP29LH.

Jam 22:58 kelajuan meningkat sedikit kepada 33 km/h dengan bearing 35 darjah. Altitud masih sama 12900m dengan suhu kekal 5 darjah celsius. Tenaga solar jatuh 3.90 volt. Locator KP29NJ.

Jam 23:18 kelajuan sama 33 km/h dengan bearing yang sama juga 35 darjah. Altitud kekal 12900m dengan suhu meningkat kepada 10 darjah celsius. Tenaga solar turun lagi kepada 3.80 volt. Locator KP29PL.

Jam 23:28 kelajuan meningkat kepada 57 km/h dengan bearing 19 darjah. Altitud menurun kepada 12840m dengan suhu 10 darjah celsius juga.Tenaga solar semakin menyusut kepada 3.70 volt. Locator KP29QN.


Jam 23:28 kelajuan menurun semula kepada 33 km/h dengan bearing 34 darjah. Altitud masih sama 12840m dengan suhu meningkat kepada 15 darjah celsius. Tenaga solar meningkat semula kepada 3.80 volt. Locator KP29RO.

Jam 23:48 kelajuan kekal 33 km/h dengan bearing yang sama 34 darjah. Altitud meningkat kepada 12900m dengan suhu turun kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.50 volt. Locator KP29SP.

Semakin bergerak ke utara, terdapat satu stesen berhampiran di Finland iaitu OH2FXD-10. aprs.fi merupakan domain dari negara Finland. Laman web paling popular rujukan aktiviti aprs seluruh dunia.





No comments:

Post a Comment

Belon Kota Bharu Radiosonde D22025480 menghampiri Sg Golok

Credit 9W2PRX   Belon Kota Bharu radiosonde D22025480 telah berjaya di selamatkan berhampiran tebing Sungai Golok oleh stesen 9W2GCQ pada ma...